Sukan Komanwel 2018 : Pandelela /Jun Hoong bawa pulang emas

Pemenang pingat perak Olimpik 2016, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong membawa berita gembira dari kem terjun apabila membawa pulang pingat emas melalui acara 10m platform seirama wanita.
Pasangan Pandelela dan Jun Hoong mengumpul 328.08 mata untuk meraih emas manakala satu lagi pasangan, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri membawa pulang gangsa dengan pungutan 308.16 mata.
Penerjun Kanda Meaghan Benfeito-Caeli McKay menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan 312.12 mata.

Tahniah kepada skuad terjun yang membawa pulang pingat emas dan gangsa di Optus Aquatic Centre.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Sukan Komanwel 2018 : Pandelela /Jun Hoong bawa pulang emas

Leave a Reply