Sukan Komanwel 2018 : Nafiizwan pungut gangsa, Nicol gagal bawa pingat, skuad badminton lepaskan emas kepada India

Pemain perseorangan lelaki skuasy negara,Mohd Nafiizwan Adnan berjaya melakar sejarah selepas menghadiahkan pingat gangsa untuk kontinjen negara. Kejayaan menumpaskan pemain Wales, Joel Makin menyaksikan beliau muncul sebagai pemain perseorangan lelaki negara pertama meraih pingat dalam sejarah penyertaan Malaysia dalam sukan skuasy di Sukan Komanwel.
Ia sedikit mengubat luka peminat sukan skuasy selepas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David terpaksa akur gagal membawa pulang pingat selepas ditumpaskan oleh pemain lebih muda Tesni Evans dari Wales.


Skuad berpasukan badminton negara pula membawa pulang pingat perak.Sungguhpun kilauan pingat emas tidak dapat dicapai namun skuad badminton campuran negara boleh dibanggakan.
Secara peribadi, Ligakampung telah menjangkakan kesukaran untuk membawa pulang pingat emas dalam Sukan Komanwel kali ini. Ini kerana negara masih tidak mempunyai pemain perseorangan wanita yang boleh berada dalam top 10.
Ditambah pula dengan prestasi Lee Chong Wei yang berada di penghujung karier, Kekalahan kepada S. Kidambi bukanlah sesuatu yang mengejutkan apatah lagi Chong Wei sendiri pernah kalah kepada pemain perseorangan India itu.
Pada perlawanan akhir menentukan pingat emas/perak hari ini Malaysia terpaksa akur tumbang kepada skuad India dengan keputusan 1-3.
Pasangan beregu campuran negara Goh Liu Ying/Chan Peng Soon memulakan langkah kiri apabila tumpas kepada pasangan Satwik Rankireddy/Ashwini Ponnappa dengan keputusan 14-21, 21-15, 15-21.
Pemain perseorangan no 1 negara Lee Chong Wei pula tewas kepada Kidambi Srikanth dengan keputusan straight set 17-21, 14-21.
Beregu no 1 negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong pula menghidupkan semula peluang dengan menumpaskan Rankireddy/Chirag Shetty 21-15, 22-20.
Perseorangan wanita negara, Soniia Cheah cuba memberikan tentangan kepada pemain wanita berpengalaman India, Saina Nehwal namun akur dengan tahapnya selepas tumpas 11-21, 21-19.9-21.

Tahniah kepada pasukan badminton bercampuran negara. Semoga kekalahan ini dapat dilupakan segera dan mereka mengubahnya dengan menjuarai kategori individu pula.. Semoga berjaya

1 thought on “Sukan Komanwel 2018 : Nafiizwan pungut gangsa, Nicol gagal bawa pingat, skuad badminton lepaskan emas kepada India

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.