Sukan Komanwel 2018 : Badminton rangkul 2 emas bagi penutup aksi

Sukan Komanwel 2018 telah pun melabuhkan tirainya. Kontijen negara berjaya memungut 7 emas, 5 perak dan 12 gangsa.
Pencapaian ini menobatkan skuad Malaysia di tangga ke-12 dari keseluruhan 70 negara yang bertanding di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Dalam aksi-aksi pada hari terakhir menyaksikan skuad badminton memungut 2 pingat emas sekaligus berjaya melepasi catatan tahun 2014 dimana kontijen negara memungut 6 emas ketika itu.
2 pingat emas itu dipungut melalui acara perseorangan lelaki dan beregu wanita. Siapa lagi kalau bukan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei yang membawa pulang pingat emas.
Biarpun tekanan dirasai selepas tumpas pada lawan yang sama ketika acara bercampuran namun Chong Wei fokus ketika berhadapan Kidambi Srikanth dari India.
Pemain perseorangan negara berusia 35 tahun itu berhadapan dengan pemain yang muda 10 tahun yang juga baru dinobatkan pemain no 1 dunia itu dengan langkah kiri selepas tumpas 19-21 pada set pertama.
Pada set kedua, Lee Chong Wei menukar gaya permainan dan mendapat kemenangan 21-14. Pada set penentuan Lee Chong Wei berjaya menjarakkan diri dan kesilapan pemain lawan berjaya memberikan mata kemenangan beliau dan mengakhiri set dengan keputusan 21-14.
Tahniah kepada Chong Wei yang berjaya mencatatkan emas ketiganya dalam Sukan Komanwel selepas beliau memenangi pada tahun 2006 dan 2010.

Dalam aksi beregu wanita pula, pasangan Vivian Hoo dan Mei Kuan pula melakar kejutan apabila membawa pulang pingat emas. Pasangan yang baru sahaja digandingkan pada tahun ini mengejutkan banyak pihak apabila beraksi di perlawanan akhir.


Vivian/Mei Kuan mudah menumpaskan lawan mereka Lauren Smith/Sarah Walker dari England dengan keputusan 21-12, 21-12. Ini merupakan emas kedua bagi Vivan Hoo yang pernah merangkul emas ketika berpasangan dengan Woon Khe Wei di Glasgow 2014 yang lalu.

Tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya melepasi pencapaian 4 tahun lalu cuma gagal untuk mencapai sasaran berada di kelompok kesepuluh terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives