Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sukan Asia 2014 : Sasaran yang tidak tercapai

Sukan Asia 2014 telah melabuhkan tirainya dan nampaknya prestasi atlet negara tidak mencapai tahap yang diimpikan. Sasaran 8 pingat emas yang ditetapkan tidak mampu dicapai apabila hanya 5 pingat emas 14 perak dan 14 gangsa yang mampu diperolehi oleh kontijen negara.
Ia sama sekali berbeza berbanding pencapaian 4 tahun lalu di Guangzhou, China apabila skuad negara berjaya mendapatkan 9 pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa. Kegagalan kedua selepas Sukan Komanwel, Glagsow pasti memberi kesan terutama kepada beberapa sukan. Antaranya ialah :-

1. Sukan berbasikal
– Nampaknya harapan kepada jaguh basikal trek, Azizulhasni Awang untuk mengekalkan pingat emas terkubur. Kegagalan berterusan selepas di Komanwel menjadi tanda tanya samada beliau mampu untuk melakar emas di Olimpik Rio 2016 atau hanya tinggal harapan. Malahan salah seorang pelumba negara, Josiah Ng pasti hampir pasti akan bersara dan sukar untuk Azizulhasni mengalas cabaran negara secara berseorangan.

2. Sukan boling
– Jika sebelum ini sukan boling mampu menghadirkan emas namun kini hanya perak yang mampu disumbangkan. Mungkinkah barisan atlet yang mewakili negara telah mencapai kemuncaknya.

3. Sukan badminton
– Sukan badminton pasti mengecewakan apabila hanya mampu menghadirkan gangsa sahaja. Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi gagal dalam misi untuk menghadirkan kilauan emas apabila tersekat di tangan Lin Dan manakala pemain beregu negara , Goh V Shern dan Tan Wee Kion masih belum setaraf beregu utama Korea Selatan.

4. Sukan Hoki
– Pasukan hoki yang mengharapkan pingat emas untuk mendapatkan tiket automatik ke Sukan Olimpik 2016 tidak mampu mencapai sasaran. Tumpas di separuh akhir dan penentuan tempat ke 3/4 menamatkan harapan untuk membawa pingat ke Malaysia.

5. Sukan bolasepak

HARIMAU MUDA / ASIAN GAMES INCHEON
– Pasukan Harimau Muda nampaknya tidak mampu mengaum pada kejohanan Sukan Asia kali ini. Jika pada 4 tahun lalu, mereka mampu ke pusingan kedua namun kali ini terkandas di peringkat kumpulan. Entah di mana silapnya.\

6. Sukan takraw
– Agak menyedihkan apabila skuad takraw negara masih di takuk lama. Jika berpuluh tahun lalu skuad takraw bersaing dengan Thailand untuk mendapatkan pingat emas tapi kali ini mereka tidak mampu untuk mendapatkan sebarang pingat.

7. Sukan Olahraga
– Sukan olahraga di Malaysia agak senyap dan tiada apa yang mampu dibanggakan.

Itu serba sedikit ulasan dari saya. Mungkin pihak berkaitan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan pencapaian atlet tidak hanya sekadar berpuas hati mendapat pengalamana sahaja. Sepatutnya pencapaian perlu menjadi sasaran.

Sekian

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Sukan Asia 2014 : Sasaran yang tidak tercapai

  1. Pada pandangan saya, semakin setiap tahun semakin hampir dunia sukan tidak banyak membanggakan dengan ketiadaan banyak pingat yang diperolehi. Silap mana saya pun tak tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)