Sukan Akuatik paling menyerlah di Sukan SEA 2017

Sukan SEA 2017 telah melabuhkan tirai. Prestasi membanggakan apabila barisan kontinjen Malaysia berjaya menjadi juara keseluruhan selepas mengumpul 145 pingat emas.
Ia merupakan rekod terbaiki berbanding rekod sebelum ini iaitu 111 pingat emas yang telah dicapai pada edisi ke 21 pada tahun 2001 ketika negara menjadi tuan rumah.

Pastinya sukan akuatik paling membanggakan apabila memungut 22 pingat emas iaitu 15 % dari keseluruhan pingat emas yang dikumpul oleh kontinjen Malaysia.
Walaupun sebelum ini Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) hanya mensasarkan 17 emas namun kesungguhan atlet telah memberikan prestasi yang baik.

Dapatkan Google Terbaik untuk Perenang yang inginkan pemandangan jelas di dalam air

 

 

Sukan Akuatik yang menampilkan 93 atlet terbahagi kepada kategori renang, renang terbuka, renang berirama, terjun dan polo air dimana atlet berjaya memungut 22 emas, 11 perak dan lima gangsa.
Kesemua kategori mempunyai pingat termasuklah polo air yang tidak dijangkakan apabila pasukan lelakinya menghadiahkan gangsa. Cuma polo air perempuan agak menyedihkan apabila menjadi pasukan belasahan.

| Nak Belajar Berenang ? Cuba Klik Sini |

Acara yang paling tinggi menuai emas adalah terjun apabila menyapu bersih 13 emas diikuti renang dengan 5 emas, renang berirama 2 emas dan renang terbuka 2 emas.
Ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan namun ia bukan petanda kejayaan mutlak. ASUM perlu menyiapkan pasukan untuk Kejohanan lain dan pastinya sasaran Sukan Asia pada tahun 2018 untuk mendapat pingat yang pasti lebih berkilau berbanding di Sukan SEA ini.

Bagi sukan lain pula seperti badminton dan takraw perlu menambah baik prestasi. Walaupun ada kilauan emas namun ia tidak mencukupi berdasarkan perbelanjaan dan tumpuan yang diberikan.
Manakala acara olahraga pula perlu ada barisan pelapis untuk acara balapan. Walaupun Khairul Hafiz Jantan memberikan pingat emas bermakna namun kuartet larian 4 x100 dan 4 x400 lelaki dan wanita perlu diperkemaskan.
Kebanyakan atlet masih muda dan mungkin mampu mencapai pingat untuk 2 tahun akan datang di Sukan SEA Filipina.

Terdapat juga beberapa atlet muda yang berpotensi untuk berjaya dalam acara-acara sukan lain yang boleh diberikan pendedahan di masa akan datang.

Isu-isu kontroversi mengenai penjualan tiket bola sepak sepatutnya tidak timbul sekiranya pihak penganjur memberikan ruang penjualan tiket secara online. Agak menyedihkan apabila timbul isu ULAT TIKET dan kekecewaan penyokong yang tidak mampu membeli tiket. Ketiadaan ULTRAS dalam perlawanan akhir juga boleh menimbulkan polemik tidak sihat dalam perkembangan bola sepak.

Isu seperti penempatan, pengangkutan yang ditimbulkan peserta sedikit sebanyak mencalarkan imej negara. Isu bendera yang salah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Ini kerana ia memberi kesan terhadap perhubungan antara negara yang bertanding. Mungkin post-mortem perlu dilakukan terutama oleh pihak MASOC tentang isu-isu yang dibangkitkan terutama oleh negara-negara luar yang bertanding. Jangan hanya gah dengan kilauan pingat emas sahaja sehingga imej negara tercalar.

Selain itu, secara peribadi, ADMIN LIGAKAMPUNG kurang bersetuju penyertaan Menteri Belia dan Sukan dalam acara sukan. Ini kerana selaku penganjur sepatutnya beliau tidak menjadi peserta. Sudah pasti ia akan menimbulkan sedikit curiga dikalangan peserta dan penyokong yang bertanding. Untuk akan datang elok kiranya mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis tidak menjadi peserta. Maaf kalau ada yang tak bersetuju dengan kenyataan admin. Ini pendapat peribadi sahaja,

Menteri Belia dan Sukan mewakili negara dalam acara sukan polo

Bagi acara bola sepak dan futsall, perlu ada post-mortem supaya mereka mampu untuk menyengat pada 2 tahun akan datang. Itu sahaja dari kami di Ligakampung.com untuk ulasan SUkan SEA 2017. Tahniah kepada anda semua kerana kejayaan anda memberikan CUTI hari ISNIN pada Admin.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply