Subsidi minyak tidak berubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Desas desus tentang penstrukturan semula subsidi petroleum akhirnya terjawab kini. Setelah mendapat reaksi negatif dari rakyat akhirnya Kerajaan membatalkan cadangan untuk penstrukturan subsidi petroleum. Sudah pasti ramai yang boleh menarik nafas lega dengan kenyataan tersebut memandangkan petroleum merupakan barang kegunaan harian. Dengan kenaikan kos hidup yang semakin tinggi, rakyat pasti takut sekiranya terdapat kenaikan harga terutama yang berpendapatan rendah.

Walaubagaimanapun, kerajaan dijangka akan mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.

Rujukan :- Utusan


Credit Picture :- Islandcrisis

Saya bersetuju agar satu mekanisma perlu diwujudkan bagi mengelakkan subsidi yang sepatutnya diterima oleh rakyat Malaysia dicuri rakyat asing. Memang perkara ini bukan mudah untuk diselesaikan tetapi ianya perlukan tindakan kerana sering kita dengar tentang rakyat asing terutama yang tinggal di sempadan mengisi minyak dalam kuantiti yang tinggi. Ini tidak adil bagi rakyat negara selaku pembayar cukai. Kes penyeludupan petroleum ke negara jiran juga perlu ditangani bagi mengelakkan kekurangan sumber petroleum untuk kegunaan rakyat sendiri..

Walaubagaimanapun suka atau tidak harga petroleum pasti berubah sedikit masa lagi. Ini disebabkan oleh sumber petroleum yang semakin hari semakin habis. Justeru itu, tenaga baru perlu dicari. Tenaga solar, angin , air perlu dimanfaatkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap petroleum.

Diharap dengan berita pembatalan penstrukturan subsidi memberi kesan positif kepada kita semua.. AMIN..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1482
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Subsidi minyak tidak berubah”

  1. miss lollyNo Gravatar says:

    walau l0lly xkisah minyak ni naik ke tak sebab xguna transpot sndri

    tapi l0lly kisah gak. sbb harga barang mesti naikkkkkkkkkkkkk. tsk tsk tsk :( (

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau harga minyak naik mesti tiket bas pun naik…
    kena ambil tau sikit sebanyak kan…

    Reply

Leave a Reply