Suasana di konvokesyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pagi ini di Seri Negeri agak sibuk dengan kedatangan orang luar kerana majlis konvokesyen Kolej Universiti Islam Melaka. Memang ramai yang berada disana untuk menerima sijil yang dinanti-nantikan setelah bertungkus lumus belajar. Tahniahlah. Bila melihat mereka teringat suasana ketika si Zool menerima segulung kertas keramat tersebut. Sebagai pelajar dari Universiti Teknologi Mara sudah pastinya Dewan Seri Budiman menjadi saksi yang si Zool berjaya menamatkan pembelajaran di UiTM. Walaupun keputusannya tak sebaik manapun tapi tetap jua menghadirkan diri (kalau ikutkan masa ‘degree’ tak nak pergi konvo tu, tapi sebab mak suruh pergi.. Pergilah juga).

Uploaded with ImageShack.us

Untuk entri kali ini sekadar untuk berkongsi suasana-suasana yang biasa berlaku ketika konvokesyen :-

1. Ambil gambar. Yang ni memang pasti berlaku kat mana-mana konvokesyen pun. Dari pintu masuk konvo sampai lah kat pokok-pokok bunga. Apataknya, bukan selalu boleh dapat pakai baju jubah tu kan. Tapi bagi si Zool hanya ada 2-3 gambar je kat luar. Tu pun dah kemana ntah. Cuma gambar penerimaan saja yang masih tersimpan.
2. Bunga-bunga banyak dijual. Ramai yang dapat jambangan bunga tu terutamanya kaum wanita.
3. Penjualan barang-barang cenderahati di luar dewan. Ketika si Zool berjalan-jalan tadi ternampak gerai menjual ‘teddy bear’ besar. Itu pun boleh jual ek..
4. Berjumpa rakan-rakan. Time ni lah dapat jumpa kawan-kawan sekelas. Lepas habis belajar masing-masing membawa haluan masing-masing. Ada yang berjaya dan ada yang masih tercari-cari arah………
5. Ibubapa dari kampung yang sanggup berhabis duit melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Ada tu yang menyewa teksi jauh semata-mata bangga melihat kejayaan anaknya.

Okay, cukuplah entri hari ini. Bagaimana pula dengan anda? Pasti ada kenangan ketika konvo kan..

p/s :- Tahniah kepada Miss Lolly dan adik-adik lain yang berjaya bergelar graduan baru-baru ini.
Bila pandang anda semua berkonvo terfikir nak konvo juga lah.. Er nak sambung belajar dalam bidang pengajian blog tapi takde lagi IPT yang menawarkan kursus ni lah…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1583
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

8 Responses to “Suasana di konvokesyen”

  1. joegrimjowNo Gravatar says:

    ku nye bulan 7 taun depan
    =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    konvo mung mesti lagi gempak.. kat negeri omputeh le katakan.. mesti Jack Wilshere pun datang tgk ko terima sijil..huhuhuhuhu

    Reply

  2. miss lollyNo Gravatar says:

    hihihi =)

    tengs zool :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    welcome..

    Reply

  3. Beratur panjang gile tunggu time bergamabr adalah sangat menyakitkan hahahaha. Tapi bila bergambar secara unformal dengan member2, itulah kegembiraan yang xleh nk lupa. Lagi satu, keluar dewan konvo tengok muka parents…uuuhhh rase cam nk menangis je tersentuh hati hasil support dan semangat yang diorang bagi =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. tapi aku dah lupa sikit sebanyak kenangan tu dulu.. nampak sgt dah tua..

    Reply

  4. wanie-sanNo Gravatar says:

    Teringat konvo time diploma..best gilos…xsabar nak tunggu konvo time degree lak..huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    selamat menamatkan degree.. gembiralah diwaktu konvo nanti ye

    Reply

Leave a Reply