LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Suami dan isteri sumbang pingat Sukan Para Asean

Sukan Para Asean semakin hampir ke penghujung. Nampaknya Ligakampung tak dapat nak mengemaskini dengan lebih banyak sebab terlalu banyak acara dan juga ketentuan yang tak dapat dielakkan.
Antara acara yang menarik perhatian sudah pastilah pada acara olahraga. Atlet bertaraf dunia seperti Ziyad, Siti Noor Radiah sudah memastikan emas manakala Latif Romly bakal mengapai emasnya pada hari Jumaat ini.
Cuma agak malang apabila atlet yang paling popular Ridzuan Puzy terpaksa melupakan Sukan Para Asean akibat demam panas. Pasti sedikit sebanyak merencatkan pencapaian atlet olahraga kerana beliau mempunyai sasaran sekurang-kurangnya 2 pingat emas.
Namun apakan daya kita hanya merancang Tuhan juga menentukan.

Menariknya dalam olahraga Sukan Para Asean ini apabila terdapat pasangan suami isteri yang berjaya menyumbang pingat untuk negara. Menariknya apabila mereka berjaya menyumbat pingat dalam tiga edisi berturut-turut sejak 2013 di Myanmar.
Muhammad Hafiz 34, dan pasangannya Siti Noor Iasah, 27 berjaya merupakan pasangan bertuah itu. Hafiz berjaya meraih pingat dalam acara lontar peluru lelaki F36/37(Cerebral Palsy) dengan catatan 10.50 meter manakala Siti Noor Iasah beraksi dalam Paralimpik di Rio pada tahun lepas pula meraih pingat emas dalam acara 400m wanita T20 (masalah pembelajaran) dengan catatan 60.86 saat.

Pemegang rekod Para Asia acara 400M T20 itu berkata, walaupun gagal memperbaharui rekod peribadinya iaitu 58.55 saat yang dicipta pada Paralimpik Rio 2016, beliau tetap berbangga berjaya mempertahankan pingat emas dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura.

“Saya memang tidak sasar perbaiki catatan peribadi dan kalau saya berjaya layak beraksi ke Sukan Para Asia 2018 di Indonesia, saya akan meneruskan latihan seperti biasa.

“Tiada yang menarik mengenai kemenangan ini kecuali tambahan satu pingat emas dalam acara 800m T20 yang saya menangi, Isnin lepas,” kata anak jati Johor itu yang mengekalkan emas acara 400m T20 sejak edisi 2008 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pandangan sama dikongsi Muhammad Hafiz yang berbangga dapat menyumbang pingat perak walaupun gagal mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lepas.

Untuk rekod, beliau turut menyertai acara merejam lembing F36/37 hari ini tetapi mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rejaman pada percubaan kedua setelah gagal meraih sebarang mata pada percubaan pertama.

“Saya tetap berpuas hati kerana cabaran hari ini begitu sengit terutamanya daripada pemenang pingat emas, Ahmad Fauzi dari Indonesia,” katanya yang bertugas sebagai jurulatih sambilan paralimpik Majlis Sukan Negara.
SinarHarian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)