Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Bola Sepak Bertaraf Dunia

Sebentar tadi berlangsungnya acara pelancaran stadium baharu bagi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah disempurnakan oleh Sultan JOhor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Stadium dengan pembinaan kos RM200 juta itu mula dibina pada 2016 dan telah siap sepenuhnya pada tahun ini. Dalam acara yang penuh gemilang itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor ,Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga berada dalam majlis tersebut.

“Tujuh tahun terakhir ini cukup hebat di dalam mahupun luar padang untuk JDT dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim ini menandakan satu lagi sejarah buat skuad Harimau Selatan.

JDT telah berkembang pesat sejak penubuhan kelab pada tahun 2013 dan hari ini kami telah berjaya mengatasi norma biasa dalam bola sepak Malaysia.. (dan kami) sering berusaha mencipta penanda aras baharu yang semestinya meningkatkan standard dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa,” titah Tunku Ismail.
Terletak di kawasan seluas 28 hektar dan turut menempatkan ibu pejabat JDT, Stadium Sultan Ibrahim merupakan satu-satunya stadium bola sepak di dalam negara yang menggunakan padang rumput asli iaitu rumput ‘Zeon Zoysia’ yang sudah diuji dan mempunyai sistem pengaliran yang mampu menghindarkan air daripada bertakung di dalam padang.

Ia juga mampu menampung lebih 35,000 penonton, selain itu juga dilengkapi dengan lampu sorot diod pemancar cahaya (LED) moden dan lampu bangunan pelbagai ritma serta warna.

Destinasi terbaik bagi sukan bola sepak itu bakal menjadi mercu tanda ikonik dan menjadi tempat yang wajib dikunjungi pelawat dan seisi keluarga dengan menyediakan pelbagai gerai jualan, kedai cenderahati dan restoran yang bakal dibuka nanti.

–BERNAMA

Kredit Gambar : Facebook Johor Southern Tigers

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)