BLOG ZOOL - BLOG DARI KAMPUNG UNTUK SEMUA

Home » sukan » Stadium Nasional Bukit Jalil venue perlawanan akhir Piala FA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kredit Gambar : Ammboi.com
Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Kelantan dan Sime Darby FC akan bertarung di perlawanan akhir Piala FA 2012 ini. Lokasi untuk perlawanan telah dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA yang telah bermesyuarat pada hari ini.
Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih selepas Stadium Shah Alam yang dicadangkan sebelum ini mempunyai masalah teknikal yang tidak mampu diselesaikan dalam tempoh terdekat ni. Tiket bagi perlawanan akhir ini berharga RM40 untuk semua tempat duduk dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Tiket perlawanan akan mula dijual pada Isnin (14 Mei 2012). FAM juga memperkenalkan Piala FA baharu yang bernilai hampir RM80,000.00.

piala fa
free picture hosting

Gambar Piala FA yang terbaru
Sumber :- SinarHarian
Pasti ramai yang akan ke Bukit Jalil pada malam tersebut. Diharap kedua-dua penyokong pasukan akan memberi sokongan secara sihat.. Tapikan berapa orang penyokong Sime Darby ek??

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :717

2 thoughts on “Stadium Nasional Bukit Jalil venue perlawanan akhir Piala FA 2012

  1. Izzuddin FauziNo Gravatar says:

    Gah piala tu kan :D

    Reply

  2. tehrNo Gravatar says:

    pasti penuh dengan baju merah nanti
    hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge