Stadium Nasional Bukit Jalil tersenarai dalam Festival Senibina Dunia

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mendapat pengiktirafan di mata dunia selepas tersenarai dalam Festival Senibina Dunia di Jerman.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Azman Fahmi Osman, SNBJ disenaraikan sebagai antara 17 bangunan ikonik dunia sekaligus termasuk dalam finalis festival senibina dunia yang berlangsung di Arena Berlin, Jerman pada 15 hingga 17 November nanti.

Penyertaan SNBJ ini membuktikan pelaburan jutaan ringgit bagi membangunkan KL Sports City menjelang Sukan SEA dipandang di mata dunia.
SNBJ dicalonkan dalam kategori bangunan baru serta lama dan lebih menarik ia kali pertama bangunan sukan negara tersenarai dalam Festival Senibina DUnia sejak pembinaannya pada tahun 1994.
“Apabila diiktiraf sebagai salah satu projek yang disenarai pendek daripada ratusan projek, ia adalah pengiktirafan yang besar buat Kuala Lumpur.

“Apa yang penting adalah kita jaga kompleks ini selepas selesai Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sumber :-Stadium Astro

Diharap Stadium kebanggaan negara ini bukan hanya nampak gah pada senibina sahaja sebaliknya diharap Stadium ini menjadi lokasi sukan yang berterusan. Elakkan dari penggunaan yang tiada kaitan dengan Sukan sebab ianya akan memberi kesan kepada kualiti padang tersebut. Kalau kita ingat dulu ada banyak majlis bukan sukan yang akhirnya mengakibatkan kerosakan pada padang di SNBJ. Selain itu juga ianya perlu mendapat tempat dalam sukan samada di peringkat tempatan ataupun antarabangsa agar tidak menjadi satu projek yang sekadar semata-mata untuk Sukan SEA sahaja.

2 thoughts on “Stadium Nasional Bukit Jalil tersenarai dalam Festival Senibina Dunia

    1. dah betulkan tuan.. terlaju sangat sampai n jadi s tu..

      tu le diharapkan event politik atau konsert tu buatlah di tempat lain..
      banyak boleh digunakan untuk aktiviti sukan tempatan atau dalam negara.
      bukan bola je. event lari-lari pun boleh buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives