LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Stadium Nasional Bukit Jalil dinobat Stadium Terbaik Dunia 2018

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mendapat pengiktirafan selepas memenangi Anugerah Stadium Terbaik DUnia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018.
Stadium bertaraf antarabangsa ini menumpaskan tiga buah stadium ternama dari Perancis iaitu U Arena, Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux.

Stadium U Arena merupakan stadium bagi sukan ragbi manakala Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux pula sering menjadi tuan rumah bagi pelbagai perlawanan bola sepak di Eropah.
“Kami amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Stadium Nasional telah memenangi Anugerah Stadium Terbaik Dunia yang diumumkan di Amsterdam Arena.

“Satu berita yang amat baik dan menunjukkan sikap dedikasi dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KL Sports City.

Stadium Nasional Bukit Jalil mampu menampung kapasiti sehingga 87,411 penonton dan telah diubahsuai untuk digunakan ketika Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.
Selain daripada sukan bola sepak, olahraga, dan terbaru ragbi, stadium ini juga digunakan untuk pelbagai acara hiburan termasuklah Tayangan Perdana filem Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaraan.

Stadium ini mula dibina pada 1 Januari 1995 dan digunakan secara rasmi pada Sukan Komanwel 1998 yang menyaksikan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kejohanan itu.

Sumber :_Astro Awani

Please follow and like us:
error0

One thought on “Stadium Nasional Bukit Jalil dinobat Stadium Terbaik Dunia 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)