Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama tak membicarakan hal-hal sukan.. Nampaknya Sukan SEA tahun ni agak hambar kerana tiada siaran langsung di RTM sebab harga hak penyiaran yang tinggi. Tapi tak mengapa, cuma agak kecewa dengan nasib pasukan bolasepak yang masih di takuk lama. Sangka mampu membawa kilauan emas tapi nampaknya seperti akan pulang awal…

Stadium Hang Jebat..Credit Image and Hotlinking From :- Panoramio
Okay lupakan dengan keputusan perlawanan tersebut, berbalik dengan tajuk di atas. Saya terbaca artikel di Utusan mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan..
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata, pihaknya bercadang menggubal undang-undang bagi membolehkan semua stadium di negeri-negeri diserahkan kepada badan khas di peringkat pusat bagi membolehkan pelbagai urusan berkaitan penjagaan, penyelenggaraan dan pengurusan di uruskan secara bersistematik.
Katanya, ini penting kerana terdapat beberapa stadium di negeri-negeri ini sekarang kelihatan tidak terurus manakala terdapat setengah kes langsung tidak terurus dengan baik sehingga membantutkan pembangunan sukan.
Kenyaan Menteri Belia dan Sukan ada pro dan kontranya. Pendapat saya adalah kurang bersesuaian bagi peringkat pusat untuk diuruskan. Teringat pendapat abang saya supaya stadium ini dipajak dan diuruskan oleh persatuan/kelab bolasepak negeri seperti yang dilakukan oleh negara luar. Sekurang-kurangnya persatuan/ kelab bolasepak negeri boleh menjana pendapatan sendiri dengan mengadakan pelbagai acara. Sedikit sebanyak kebergantungan dengan FAM dapat dikurangkan.
Lagipun keterlibatan kerajaan dalam bidang pengurusan stadium mungkin menyukarkan akibat dari sumber kewangan yang terbatas. Sebaliknya sekiranya pengurusan kelab menguruskan sendiri pasti lebih terurus dan kurang kebergantungan kepada orang-orang besar dalam Kerajaan. Cuba lihat pasukan professional negara luar. Pengurusan oleh kelab-kelab luar mampu menjana pendapatan yang hebat. Tidak sekadar bergantung pada penjualan tiket perlawanan semata-mata tetapi merangkumi dari segi pengiklanan di papan layar, kedai sukan , memorabila dan sebagainya..
Bagaimana pula dengan anda? Mungkin mempunyai pendapat lain yang lebih bernas.. Sama-samalah berkongsi.
RSS Feed
Twitter



December 7th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Aku dah kata, Federalisme perlu diperbetulkan,
kalau tidak satu demi satu harta kerajaan negeri ditelan persekutuan.
Reply
zool
Reply:
December 8th, 2009 at 12:06
salah satu sebabnya..
tapi aku lebih suka kalau kelab sukan ambil alih stadium. kurang2 diorang ada pendapatan.. Nak harap geran je.. lepas tu terlungkup gak
Reply
ada juga dengar2 kerajaan dah makin kekurangan dana.. ada hati lagi ke nak ambil alih stadium negeri?
Reply
zool
Reply:
December 9th, 2009 at 11:45
ntahlah aku pun tak paham dengan situasi pentadbiran …
cam sebol cakap la kalau semua federal amik alamat ilanglah harta negeri
Reply