Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sesekali menulis mengenai isu semasa pula. Asyik tulis perkara-perkara diri sendiri je. Nampak sangat macam tak mengambil tahu hal ehwal semasa pula. Sebelum itu, ingin saya mengingatkan bahawa artikel ini tiada kaitan dengan politik jadi sekiranya anda ingin berkongsi pendapat pastikan ianya tidak berbaur politik ye..
Siapa tak tau SPRM angkat tangan? Kalau tak tahu maknanya anda seorang yang tidak mengambil tahu hal ehwal semasa. Tak mengapa sebab saya akan berkongsi sedikit maklumat. SPRM adalah singkatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu badan yang ditugaskan dalam hal-hal rasuah. Ianya sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Untuk makluman anda SPRM bertanggungjawab untuk mengenalpasti jenayah rasuah sebelum mendakwa individu atau organisasi yang terlibat dengan rasuah. Okay cukup dengan mukadimah. Sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut boleh ke website SPRM di http://www.sprm.gov.my ( ketika si Zool menulis website tersebut tidak boleh diakses.. Mungkin ada masalah kot.)
Sebenarnya berita terkini keputusan mahkamah yang mengehadkan tempoh siasatan SPRM memberikan implikasi berbeza. Pada sesetengah pihak mungkin ianya baik manakala di bahagian lain pastinya kesan yang teruk. Berikut merupakan petikan keputusan hakim
Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan penyiasatan terhadap seseorang saksi sepanjang hari dan malam.
“Frasa ‘hari ke hari’ dalam seksyen berkenaan bukan bermaksud 24 jam, tetapi waktu bekerja biasa,” kata Mohd Ariff dalam keputusan bersejarah itu yang disampaikan pada pukul 2.50 petang.
Sumber :- Bernama
Nampaknya keadaan ini pasti memberi impak kepada agensi-agensi lain terutamanya yang terlibat dalam penguatkuasaan. Kena semak kembali akta yang dibuat sebab kalau berlaku sesuatu agensi terbabit boleh disaman.
Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan yang mempunyai sedikit pengetahuan mengenai penguatkuasaan didapati ianya akan memberi implikasi yang buruk sekiranya badan-badan lain yang terlibat dalam penguatkuasaan. Masa yang terhad hanya pada waktu kerja menyukarkan untuk siasatan dan tindakan dilakukan. Ditambah dengan kes-kes yang semakin hari semakin bertambah.
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh kelemahan dalam menggubal dasar tanpa memikirkan keadaan semasa. Sekiranya akta tersebut dikaji sebelum ini mungkin ianya tidak memberi masalah. Diharap agensi lain juga mendapat pengajaran tentang perkara ini.
RSS Feed
Twitter



November 21st, 2009
zool
Posted in
Tags: 


I think Malaysia is the only country where the SPRM only works during office hours -_-”
Reply
Siasat pun kena ikut masa.
Reply