SPRM boleh siasat lepas waktu pejabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai had masa siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM ) yang dikenakan oleh mahkamah. Keputusan di mana SPRM hanya boleh menyoal saksi hanya pada waktu pejabat. Ianya menimbulkan persoalan tentang kuasa SPRM untuk membanteras rasuah.

Nampaknya, Mahkamah Rayuan memberi keputusan agar hak menyoal siasat saksi dibenarkan pada waktu pejabat.

PUTRAJAYA 17 Dis. – Hak untuk menyoal saksi tanpa batasan masa dikembalikan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan badan tersebut menjalankan siasatan melepasi waktu pejabat.

Panel tiga hakim mahkamah tersebut yang diketuai oleh Hakim Datuk Hasan Lah sebulat suara memutuskan, waktu siasatan tidak boleh dibataskan atau terhad dalam tempoh masa bekerja yang biasa.
Image Hosted by ImageShack.us

Justeru itu, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 19 November lalu yang memutuskan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat dalam waktu pejabat antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang, diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.

Berita penuh sila rujuk Utusan

Keputusan ini sedikit sebanyak membantu penguatkuasaan dilakukan dengan lebih cekap. Kalau hanya boleh soal pada waktu pejabat sudah pasti memberi ruang yang kecil bagi pihak SPRM untuk melaksanakan tugasnya.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1605
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

3 Responses to “SPRM boleh siasat lepas waktu pejabat”

  1. farahaznilNo Gravatar says:

    tp kan..yg geramnya..yg dpt rasuah tu slalu kena tangkap n kena hukuman…yg bg rasuah apa cerita???eeeeeee….kasi tangkap n kejakan la skali..yelah..kat tv pun asik tnjk muka yg kena dpt rasuah aje..yg bg rasuah pun kasi tnjk la muka dorang skali…hohohhoho

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sebenarnya yang bagi rasuah pun kena tangkap tapi biasa yg terima rasuah ni org yg berkuasa.. tu yg selalu tunjuk yg penerima

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    bagus perkembangan yang baik. harap2 lepas ni lebih efisien la sprm kan. hehe :)

    Reply

Leave a Reply