Spagheti cincai yang sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ini saya telah mencuba skill masakan kembali. Kalau biasa goreng mee, kuewtiau dan nasi. Jadi kali ini saya telah mencuba masakan negara barat pula. Ye lah asyik masakan kampung je, eloklah kiranya mencuba masakan barat. Percubaan untuk kali ini ialah spagheti. Masakan yang terkenal dari Itali memang sesuatu yang asing bagi orang kampung cam si Zool. Makan pun rasanya tak pernah tapi nak cuba pula memasaknya. Agak-agak anda jadi ke?

Mula-mula kenalah mencari resipinya di internet. Memang terdapat beberapa resipi namun saya mengambil yang paling ringkas sekali. Malahan terdapat beberapa kandungan yang tidak disediakan seperti butter, keju dan daging cincang ( digantikan dengan daging ayam). Cakap banyak pun tak gunakan. Cubalah anda nilaikan gambar-gambar di bawah ni (kepada yang tak dapat ‘akses’ photobucket, tak dapat den nak tolong)..

Photobucket
Inilah bahan terpenting sekali iaitu kayu spagheti.. He he hehe. Masa mula-mula beli memang pelik gak tengok bentuknya yang menyerupai kayu ni.. Tapi dah tertulis di paket yang ianya spagheti dan mempunyai logo Halalnya. Jadi belilah..
Photobucket
Ini pula beberapa ramuan yang digunakan. Tak lengkap tapi hentam sajalah.

Photobucket
Mula-mula kayu spagheti tu direbus supaya lembut. Kalau tak mana boleh nak telan tu..
Sebab malas nak goreng ayam di tempat lain, rebus sekali dengan daging ayam..
Photobucket
Inilah campuran spagheti dan ayam yang direbus. Lepas tu toskan air..
Photobucket
Lepas rebus tu spagheti tersebut digaul dengan telur ayam…

Photobucket
Lepas tu tumis bawang, masukkan daging ayam…

Photobucket
Spagheti dicampur dengan pati tomato. Goreng sampai rasa puas hati, lepas tu boleh angkat..

Photobucket
Ops.. tak lupa juga sayur dicampak ke atas bagi memberi sedikit keseimbangan makanan.

Photobucket
Dah siap dan boleh dimakan.. Sekali tak jadi bentuk spaghetilah.. Jadi bentuk mee goreng.. Tapi takpelah janji boleh makan..

Photobucket
Spagheti cincai yang tak betul bentuknya dirasmikan oleh BDFabregas.

Hm.. secara kasarnya memang percubaan saya memasak spagheti menemui kegagalan. Tapi walaupun bentuknya tidak cantik tapi ianya habis juga. Mungkin kesilapan disebabkan bahan utama seperti butter, keju yang tidak disertakan menyebabkan keaslian ramuan spagheti tidak tercipta. Tak mengapa, akan datang mungkin akan diperbaiki lagi.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1434
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

25 Responses to “Spagheti cincai yang sedap”

  1. AiniNo Gravatar says:

    Spaghetti.. Saye baru masak jumaat lepas. Singgah la blog saye untuk tengok spaghetti versi saya pulak k.. =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dah tentu awak punya lebih menjadi kan..

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    spaghetti seafood paling best woooo. aku kalau masak mesti kuah lebih, hehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    mintak ajau buat kuah bro.. tak reti aku

    Reply

    KNizamNo Gravatar Reply:

    actually senang je buat kuah. belasah je campur semua. pastu ko rasa2 la sket. check here ok http://makanmalaya.com/prawn-fettuchini-in-tomato-sauce-home-made/

    Reply

  3. loqNo Gravatar says:

    memang nampak mee goreng.Dicampakkan?haha.Siot lawak entry ni.gelak sakan aku.
    nak senang bro,beli je paste.Macam2 rasa ade.Masukkan spagheti dengan paste je.tak yah susah2.
    erm,BD fabregas tu sape?abang?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. sesekali buat lawak..
    ok. lepas ni beli paste/pasta…
    BDFabregas tu adik.. salah seorang blogger yang agak popular di zaman ketika dia belajo kat Universiti Malaysia Pahang..
    Sekarang slow sikit .

    Reply

  4. beliamudaNo Gravatar says:

    huhu.. baru semalam makan spagheti lebih kurang camni.. mak sedara yang buatkan…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    camni?? lawak je.. ni cincai2 je

    Reply

    beliamudaNo Gravatar Reply:

    rupa tu dah ada.

    Reply

  5. Bb HussainNo Gravatar says:

    wah..ni betul2 malaysian style.. basically kalau takde butter and cheese pun tak per utk buat sphagetti.. btw..nice try.. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    first time buat.. ntah apa jadi..

    Reply

  6. zellaNo Gravatar says:

    wah…berbakat!

    Reply

  7. zellaNo Gravatar says:

    xjd xpe…
    practice make perfect…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    berbakat ke?? nanti saya tapau kan try rasa..

    Reply

  8. safarNo Gravatar says:

    Meleleh air liur aku tengok Spagheti tu.
    gambar je dah cukup buat aku teringin nak
    makan.

    nasib baik gambar.kalau depan mata aku.
    habis satu pinggan aku telan.hehehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha hahah.. nanti aku gorengkan semangkuk

    Reply

  9. MusNo Gravatar says:

    nampak mcm sedap ni..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh tahan lah..

    Reply

  10. farahaznilNo Gravatar says:

    ish..mlm2 buta pkul 3 tgk blog cerita psl spagheti..trus tak gheti dah nak smbng baca buku ni..lapor plak..huhu

    Reply

  11. hudaNo Gravatar says:

    wahhh sungguh hebat, aku masak tak pernah amik gambar… sebijik macam dalam majalah masakan.. hehehe :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sebab aku jarang2 masak tu yg amik gambo.. :)

    Reply

  12. kirinNo Gravatar says:

    zool..jgn letak telur…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kenapa???

    Reply

  13. SalinaNo Gravatar says:

    Hehe, sedapnya spagheti tu, tapi kalau burger prosperity daging lagi sedap…

    Reply

Leave a Reply