SPA sedia 3,500 jawatan untuk OKU

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini berusaha memenuhi kuota sekurang-kurangnya tujuh peratus atau 3,500 daripada 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kepada golongan orang kurang upaya (OKU) akhir tahun ini. Harap-harap OKU mengambil peluang untuk memasuki perkhidmatan awam. Jangan terlalu mengharap pada bantuan.. Ye lah kalau dah dapat kerja di jabatan kerajaan sudah pasti bantuan-bantuan akan berkurangan tapi faedah yang didapati lebih dari sekadar mengharap ihsan kerajaan.. Melalui pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah sekaligus memberi peluang kepada OKU menunjukkan bahawa mereka mampu berkhidmat kepad rakyat.. Manakala yang sihat walafiat tu jangan putus asa mencuba. Mana tau dapat berkhidmat sebagai penjawat awam…

Pengunjung Entri Ini :22452

69 comments:

  1. bagus cm ni.. :) banyak peluang utk golongan OKU berkhidmat..

    Reply

    Adik Cute! Reply:

    OKU pun boleh menarik nafas lega..

    Reply

  2. sy OKU cari perkerjaan di jabatan kerajaan ingin tahu bagaimana untuk memohon. sy tidak dapat cari borang permohonan. Harap tuan/puan tolong sy.
    di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
    sandana mary
    no. pendaftaran OKUph 0602860

    Reply

    zool Reply:

    Seeloknya anda direct ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dptkan maklumat berkenaan perkara di atas…

    Reply

    mohamedcino Reply:

    ada borang yg telah disediakan JKM dan Jab Tenaga Kerja

    Reply

  3. tempat kijer aku ade gak OKU.
    tapi depa ni suke gunakan alasan OKU
    untuk malas nak usaha… ade jugak..
    depa pon manusia beb… kekadang
    kite pon bleh naik darah… alasan
    yang digunakan adalah kelemahan mereka..

    so boss pon tak bleh nak kate apa.
    kita dah kasik peluang tapi ade segelintir
    suka ambik advantage. bukan nak kutuk..
    tak semua macam tuh… cume segelintir.
    dan segelintir ni la yang aku berhadapan
    setiap hari.. ape nak kate? sabor jer la..

    Reply

    zool Reply:

    hm.. biasalah tu kan..
    tgk je adakah ianya dipenuhi..
    rasa mcm ramai tak pegi sbb bila dah keje kerajaan ilang byk pemberian..

    Reply

    yan'z Reply:

    sape yg oku 2 jgn mudah pts asa..aq pon oku gak,tp aq x mudah pts asa

    Reply

    okuipoh Reply:

    En. Azman,

    Masalah En. Azman tu adalah masalah sejagat.
    Ianya berkaitan dengan sikap seseorang.
    Saya juga OKU dan dibawah saya terdapat subordinate yang semuanya normal.
    Saya juga menghadapi situasi yang sama.
    Yang penting kita mesti pandai menguruskannya.

    Reply

  4. dulu saya pernah temuduga dengan kerajaan sudah 4 kali tak dapat hampa… saya seorang oku pendengaran bukan mudah nak dpt kerja dgn kerajaan tengok lah nasib oku pon tak dapat..

    Reply

    zool Reply:

    Cubalah hantar melalui JKM..
    Kalau SPA memang susah sebab terpaksa bersaing dengan semua…

    Reply

    mohd ridhuan Reply:

    saya dah bagitau kt jkm tapi tak ada jawapan pun apa sebabnya?…
    jawatan rendah saya pernah temuduga iaitu pekerja awam r1 pun susah nak dapat pula. Kepada SPA jangan berkira sangat nak memilih orang.. sia-sia saja hidup saya banyak bazir wang datang temuduga pun tak dapat kerja…

    Reply

    mohamedcino Reply:

    SPA ni memang susah sikit, cuba8 u cari kabel-kebal jumpa8 lah org YB UMNO kata boleh tolong rakyat

    Reply

  5. aku oku gak, da mcm2 aku dftr SPOKU(sumber manusia),JKM,SPA n etc… tp xde yg tersngkut pun lg… klau yg spoku tu, smpi hr nie, asyik pending jew (dftr on9),aku jg da g pjbt, n dftr kat sana, tp still xde jwpn… ntah la, mgkin lom ada rezeki lg kot… sabar jew la…

    Reply

    mohamedcino Reply:

    jumpa YB UMNO LAH

    Reply

    rico Reply:

    YB UMNO??emm sy jg penah cb jumpa YB.. pada mula bergitu bersemangan ingin membantu. ttp akhirnya diam bergitu saje.

    Reply

  6. aku oku fizikal. aku ada degree tapi nasib berbeza.. sampai sekarang aku masih x punya kerja tetap..entahlah.. rezeki blm sampai.. dah macam aku reply tapi takde jawapan.JKM mmg ssh untuk berurusan, aku dah penat macam mengemis simpaty…cakap x serupa bikin..mybe word OKU(orang KURANG upaya)menyebabkan metaliti jadi camni..kurang menujukan sesuatu kelemahan… aku mmg OKU tapi aku bkn orang kurang upaya tapi aku ORANG KUAT USAHA/UPAYA.. kne usaha aku untuk mendapatkan pekerjayaan melebihi insan normal… bukan simpaty yang aku minta cm peluang buktikan yang aku juga ada nilai pada diri sendiri . keluarga, agama dan masyarakat.. so jangan taburkan janji jika x mampu tunaikanya

    Reply

    mohamedcino Reply:

    adik sambung belajar lagi sampai Phd ok selamat mencubaaaaaaaaaaaa

    Reply

    greenrose.... Reply:

    bodohhhh punya jawapan bukan nk memahami…

    Reply

  7. Salam..
    Seperti oku lain saya juga banyak kali dipanggil untuk ditemudaga tapi jawapan mereka ” awak akan kami hubungi dalam masa terdekat” dan sampai sekarang masih mencari dan menunggu. Kami seperti insan lain juga memerlukan wang untuk menyara kehidupan untuk meneruskan hidup. Tapi kami sukar diterima untuk bekerja.
    kami oku akan bersabar dan teruskan usaha. tak beriman seseorng itu selagi tak diuji tul tak.. jey.

    Reply

    zool Reply:

    tak tau nak cakap apa..
    yang penting jgn terlalu berharap..
    caranya mungkin berbeza

    Reply

    mohamedcino Reply:

    jumpa aje YB UMNO lepas 2 / masa jumpa 2 ajak wartawan suratkhbar 2 cara yg betul biar ajr mereka8 JANGAN CAKAP AJE PANDAI CAKAP X SERUPA BIKIN

    Reply

  8. saya seorang kurang upaya fizikal ingin memohon jawatan disektor kerajaan tapi susahnya sama spt org normal. nk kata saya x usaha kami usaha… apa yg dapat saya rumuskan kita kena berdiri dikaki sendiri je… nk appy elaun EPC pun susah.. mcm2 procedure die nk.. bg saya kad OKU nie mcm xde guna langsung…. kecewa saya.. sekian..

    Reply

    mohamedcino Reply:

    CUBA N CUBA LAGI N LAGI GUNA KABEL KEBAL BESAR SIKIT bagi mereka panas panas n x senang duduk

    Reply

  9. salam,
    saya OKU pendengaran,saya dah pergi semua interview,termasuk kerajaan,tapi tetap tak dapat juga pekerjaan,saya rasa belajar diploma hanya sia-sia sahaja.last2 saya kerja sendiri.asal lepas duit makan gan sewa rumah..
    1% dalam kerajaan,kalau tak dapat nak penuhi janji,tak payah buat janji,kami juga manusia,ada hati dan perasaan,setakat nak nama je dan mainan politik,apa korang rasa..puas ke??

    Reply

  10. Salam..
    Saya Oku fizikal. Dalam kesulitan saya berjuang emosi dan fizikal untuk mendapatkan segulung ijazah. Tapi sayang stastut “OKU tidak memjanjikan perjalanan mudah, nk kata x usaha tuhan saja yang tahu betapa susahnya untuk mencari peluang melebihi orang normal. degree mcm x bernilai kertas kosong x bererti apa2.knp perlu ada kenyataan SPA SEDIAKAN 3,500 JAWATAN UNTUK OKU. Hanya menyedapkan telingga tapi menyakitkan hati.JKM juga sukar untuk berkejasama.OKU BKN PEMALAS TAPI tidak di beri peluang seadilnya.

    Reply

  11. salam, saya oku berkerusi roda, umur pun dah tua (540409-01-6161)(56 tahun)tetapi masih punya minda bolehgunapakai lagi JADI MCAMNA NAK DIPERGUNAKAN??? saya dah bosan nk duduk-duduk saja kt rumah niiiiiiiii mempunyai kelulusan sarjana sains kemasyarakatan (kepujian-kerja sosial) usm. sila beri pandangan………….terima kasih

    Reply

    oxfordfajar Reply:

    sy juga seorg oku fizikal tp boleh berjalan la..juga mempunyai ijazah sarjana muda dlm bidang psikologi..sy mmg putus asa bab2 cari kerja sbb sy tau jawapannya….terutama kerja kerajaan…selalu je interview SPA, tp xpernah dpt..jgn berharaplah…xtau kuota 1% oku kerja kerajaan tu betul or tak…menipu jer lebih….

    Reply

  12. salam sume,
    saya oku fizikal tapi sume kerja sy bleh buat,dah byk kali sy dpt interview SPA tapi semuanya menghampakan..w/pun sy ada diploma tp sy just mintak jwtan spm sbb sy th ssh nk dpt tempat di jabatan gov….mmg betul ckp zaim diploma hanya sia-sia sahaja…x de gunanya kami smbung blajar klu majikan x bagi kami peluang…mn kami nk dpt pengalaman yg sume majikan tu nak…

    Reply

    ika Reply:

    saya juga oku fizikal,cuba erna mintak keje ngan telekom ke sebagai cutomer service executive

    Reply

    ema Reply:

    mudah ker nak dpt klu kje mcmtu……. i rasa lagi la diorg x nk sbb biasanya cutomer service executive terpaksa bertemu dgn org ramai so lagi la……

    Reply

    oxfordfajar Reply:

    senang la..mmg nk pakai oku…cuba la surf kat website…

    Reply

  13. salam..
    Tadi gi interview..emm mmg harap dapat keja coz dah lama menganggur.. tapi ternyata pandangan fizikal memberi penilaian awal…kadang2 rasa putus asa. penat dengan mainan dunia..bagi peluang dulu baru buat penilaian..oan kuran upaya perlu berkeja perlu duit perlu kehidupan. bkn simpati yang di minta tapi persamaan

    Reply

  14. salam utk semua, turut rasa sedih, hampa n kecawa, byk sbb oku x dpt kerja, jkm cakap aje bergeger 1 malaysia tetapi realiti nya habuk pun x ada apa5.spa sama aje, yg swasta lagi lah, jikalau x ada kabel yg besar8 jgn MIMPI LAHHHHHHHHHHHH. persatuan oku pun sama juga, cakap nak pecah telinga dengar mimpilah kawan8. so yg terbaik ialah tuntut ilmu utk pengetahuan kegunaan sendiri, keluarga n kehidupan harian yg byk penipuan. yg normal pun kena tipu n mainan atau kena kencing apatahlagi oku. ni lah realiti kehidupan masa kini, makanya mengharaplah kpd YgMahaEsa ALLAH JUA Yg Maha Pengampun & Maha Mengkasihi. minta lah kpd NYA AMIN

    Reply

    rico Reply:

    salam.
    setuju penyataan itu.. jika ada kabel besar oku pun dah jadi normal semua boley pijam mata keja disediakan.. inilah pemainan dunia.

    Reply

  15. SALAM……HYE,SAYA LINDA. SY OKU FIZIKAL BRKERUSI RODA. SY PRNH MCARI PELBAGAI PRKERJAAN X DPT GAK…TP SKRG NI AKU X MEMILH KERJA..KWN AKU SYORKN AKU KERJA KAT BENGKEL SERI SERI 9.KAT N9…SO AKU ADA GAK DPT GAJI N BAKAL MDPT EPC..KT JGN MEMLH KEJE TAW….

    Reply

    omar Reply:

    Salam linda,,,awk keje kt ngeri sembilan??so org nogori la ne ye,,sme la kte,,sy oku fizikal jgk,,tp blh bejln,,klu blh mntk tlg,sy hrp linda blh tlg2 sy klu2 ade majikan or syarikat nk amik oku bekeje,,,xpn tmpt linda bekeje 2,,kte same2 gk oku kn,,so hrp linda blh bg informasi klu ade lubang2 keje tok oku ye,,ne no sy,,0128325207

    Reply

  16. saya cabar mana orang2 JKM jikalau dia orang kerja kerana tugas dan ALLAH, JKM CAKAP AJE PANDAI kalau dlm TV & papers byk lembut byk cantik byk sedap cakap ttetapi realitinya abuk lahhhhhhhhhhhhh

    Reply

  17. salam cik linda
    bkn masalah memilih kerja tetapi majikan yang telalu memilih.. bayangkan hutang ptptn membebankan.bkn setakat kerja nk but lesen memandu pun ssh.. ini reality mudah benar bercakap tapi skr sape melaluinya…, entah la

    Reply

    mohamedcino Reply:

    sambung belajar adik jgn tunggu lama-lama-lama, lah ni kerajaan telah menyediakan bantuan sebanyak RM 5000.00 setahun / satu sem. bermula April 2010

    Reply

  18. salam…adik saya oku..pekak…xde pilihan kerja..die skrg kerja KFC..baru2 ni die komplen, die xnak keje da..die kate bos n budak2 kat sana suke buli die suh die buat keje, pastu yg normal2 ni lepak2, xnak lap meja n etc..pastu yg normal ni suke2 je cuti, then die punye cuti kene amik.terpakse la die keje jugak.bos suh OT balik mlm plak tu~~selalu,,padahal bukan ker mende tu kne rotate antara pekerja..satu hari tu sy try la spy tgk betul ke die ckp tu, ternyata betul..kecewa wei tgk OKU aka adik sendiri kene buli..skng die dok umah je…tp mengamuk2 xde duit n bosan..org pekak ni ssh cikit nak entertain..dorang x pk n x paham yg dunia ni ssh juga :) …skrg xtaw nak buat camner, xtau nak carikan die keje camner..penin2..ade sape2 bole tlg bgtaw x jalan untuk org2 oku ni..gomen xyah ckp la, lambat..hoho :p

    Reply

    mohamedcino Reply:

    cuba mohon latihan dekat JKM pusat latihan PLPOKU di Bangi, syarat utama telah daftar dgn JKM boleh mengurus diri umur bawah 40 tahun

    Reply

    zainur Reply:

    tq~akan dicuba :)

    Reply

  19. salam semua saya cadangkan kpd oku yg berminat n berdayamaju, berdayasaing n berkelayakan supaya sambung belajar ke IPT, kerajaan melalui KEM.PENGAJIAN TINGGI memberikan bantuan bayaran yuran n wangsaku terutama n yg sgt bersesuaian di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG, kemudahan oku sedia ada terutama yg berkerusi roda. menyeru kpd oku merebut peluang tersebut n oku wargaemas dikenakan setengah bayaran. usaha sendiri tangga kejayaan jgn mengharapkan bantuan JKM SPA PERKESO TETAPI USAHA SENDIRI SELAMAT MAJU JAYA OKU BOLEH BOLEH BOLEH BERJAYA.tanyalah kawan saya Dr Mohamed Muzamil oku berkerusiroda baru menhabiskan pengajian PHDnya di USM & UM, oku mesti bolehhhhhhhhhhhhhh

    Reply

  20. salam..
    saya sangat memahami perasaan adik zainur…tggl umah tanpa kerja juga merisaukan sudahlah bosan perlukan duit jg..dan pandangan keluarga juga mengjengkelkan. banyak sebab oku x dapat keja tapi x ley salah sesiapa.. pendidikan kita sejak kecil di tanam camtu.. asal OKU pasti di pandang kelas ke2 dalam masyarakat hak kadang2 di pengunakan, kebolehan di pertikaikan dan pluang x pnh di beri..Saya rasa hidup terlalu getir mencari pekerjaan. duit habis mencari keja kadang2 rasa cam putus asa pun ade. ada kala rasa nyesal blajar sampai degree jika metaliti majikan masih takuk lama..
    tul jg kata mohamed lebey baik sambung plajar. cz dapat elaun tapi masalah lps ni adakah masih ada peluang untuk ada kerja… atau pun mcm ni seperti mengemis sesuatu yang x pasti..

    Reply

    mohamedcino Reply:

    saya bersetuju dgn saudara tetapi pasang niat dihati belajar utk ILMU bukan utk KERJA n INSYALLAH . tuntut ilmu 2 wajib nak dapatkan kerja 2 kerja ALLAH tetapi kena usahalah. ORG YG BERJAYA TIDAK AKAN BERPUTUS ASA & ORG YG BERPUTUS ASA TIDAK AKAN BERJAYA.renung-renungkanlah bersama salam semua

    Reply

    zainur Reply:

    tu la, ni skng die bising plak kwn2 die ramai dapat poli utk org2 pekak kat johor.tp mak risau dgn keadaan skrg kan, ssh nak lepaskan anak sendiri, lagi2 ank tu perempuan..dah apply, tp xdpt..die slalu bising, bosan sbb kita sume bole bercakap, tp die x paham ape yg ktorang ckp.die lebih sng ngan kwn2 die, sbb nak borak.hee..kami paham keadaan die tu, tp nak wat camne kan..ni die keje subway, alhamdulillah bos die baik n die pon happy keje sane :) ..tapi~~~~~ ni die bising lagi sbb kwn2 die kat poli sane asik citer je kat poli best n bole jalan2 o_O ..penin nak entertain die ni..huu

    Reply

    ijat Reply:

    saya OKU penglihatan… saya mengidap penyakit KERATOCONUS…walaupun mata kiri sudah dibedah. tapi mata masih tidak bergitu jelas..mata kanan langsung kabur dan tidak nampak.. saya hanya mampu melihat dengan jelas dalam jarak 20CM ( ketika melihat tulisan) saya berkelulusan STPM.. saya pernah sambung belajar dikolej.tetapi terpaksa berhenti kerana mata saya sering sakit bila menghadap komputer dan selalu dibuli oleh rakan..sungguh berat dugaan yang saya terima.. dari luar saya nampak seperti orang normal.. tetapi sebenarnya OKU.keyakinan saya semakin kurang..sekarang saya menganggur .nak cari kerja pun tak pernah dapat.. SPA,JOBMALAYSIA susah sangat nak dapat.. saya sering diperli dan dipandang hina oleh orang sekeliling.mereke menganggap saya nie malas nak kerja padahal saya nie OKU susah nak dapat keje.. saya sering dijadikan bahan jenaka oleh kawan kerana membaca terlalu dekat… sesiapa boleh tolong bantu sila beri cadangan..saya tak tahan hidup kat dunia macam nie

    Reply

  21. salam utk semua, kpd kwn kita yg punyai anak adik abg atau saudara cuba8 hantar oku mereka ke tempat belajar / latihan yg disediakan JKM di PLPOKU Bangi yg berusia kurang dari 40 tahun n boleh mengurus diri n dapat elaun n makan percuma lagi. semak kat internet JKM tempat Latihan, syarat utama telah mendaftar dgn JKM atau call JKM Cik Rohani Hashim Pengarah Pembangunan OKU / Pengarah6 Negeri / Pegawai8 JKM Daerah. cuba lah Cik/Puan/En8 n Tuan8 selamat mencuba n cuba mesti byk kali n serahkan kpd ALLAH yg menentukanNya amin

    Reply

  22. salam kawan2,
    hye saya OKU jg,ada ijazah tapi spt kawan2 yang lain saya masih tidak bekerja. Msih mencari n terus mencari. jangan putus asa. rezeki ada di mana cuma lambat dan cepat. Allah s.w.t sayang pada orang y sabar.Cari dan terus mencari insyaalah akan ketemui. Jangan mengharap JKM,SPA, persatuan2OKU. cuma kita mendoakan supaya pihak2 ini terus peka dengan kita..JGN PUTUS HARAP BERUSAHA DAN TAWAKAL sesunguhnya Allah s.e.t tidak penah membebankan umatnya.

    Reply

    mohamedcino Reply:

    salam adik taufiq, dulu belajar kat mana 2,sambung belajar lagi lah adik, dpd mohon kerja x dapat, mahu tahu rezeki ALLAH, berkemungkinan belum masa utk kerja kottttttttttt.dik oku apa??? n dik tinggal kat mana ni??semuga ada sinar cahya di hujung sana INSYALLAH mesti berfikiran positif. salam semua. satu lagi infomasi jika yg oku ada berkelayakan buta n rabun mohon belajar kat IPTA UM n yg berkerusi roda kat IPTA USM & yg berkelayakan LCE / PMR / SPM boleh membaca menulis bolehlah mohon kat PPLOKU JKM Bangi, & kpd yg punya anak-anak adik-adik oku hantarlah mereka ke pusat jagaan & latihan oku JKM, sbb mereka juga perlu mejalani kehidupan yg lebih baik terjaga & terlatih, jgn biarkan mereka terbiar dirumah tiada teman & kawan. rebutlan peluang & kemudahan yg telah disediakan oleh kerajaan / JKM. JANGAN BIARKAN MEREKA SENDIRIAN!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply

    taufiq Reply:

    WAALAIKUMSALAM abg mohamedcino, dulu blajar di uum, saya oku fizikal(minor) tp syukur saya masih boleh berdikari.Saya tggl di peneng, mmg terdetik jg nk sambung study.Insyaalah kalau ada rezeki. THANKS A LOT abg mohamedcino coz beri infomasi berguna pada kawan2. So kwn2 rebutlah peluang dan gunakanlah hak yang diberikan.HANYA YANG MEMAHAMI MAMPU MENGERTI..mmg if di ikutkan hati rasa x adil kehidupan ini, sdh jg sahabat2 yang lain ramai dah membina kerjaya. tapi kita kne ade pemikiran POSITIF. ALLAH S.W.T tahu ape yang di rencanakan kpd kite..DAN yang penting kite jangan PUTUS ASA, jangan MEMINTA tp lebih kan USAHA, DOA n Tawakal.. Sesunguhnya kepayahan itu ubat mendewasakan dan kite lebyh mengharagai kehidupan.

    Reply

  23. tq taufiq, abg juga berharap kawan8 kat luar sana macam taufiq juga “BERFIKIRAN POSITIF N MAJU N OKU BOLEH”

    Reply

  24. salam..
    saya dah cari kerja,tapi gaji yang diberi tak macam dalam kelayakan..tak rasa ke saya ni OKU kena pijak..sedangkan SPM sahaja diberi basic tinggi dari gaji kita yang ada kelayakan diploma ni..tu lah buat saya kerja tak lama,sedih sebab kena pijak macam ni..saya bukan mintak simpati..tapi saya mintak secebis hak saya untuk terus hidup…kerja dah 6 bulan,tapi basic tetap rm800,tak naik2 pun..macam diploma saya tak ada apa2..macam mana nak bayar hutang PTPTN masa belajar dulu,kalau gaji macam ni sahaja..majikan janji 3 bulan pertama,gaji akan dinaik kan..tapi last2 habuk pun tak ada…

    Reply

    mohamedcino Reply:

    salam, 8 ratus 2 ok lah buat permulaan,tunggu 1 atau 2 tahun lah dulu. u ada semua hitam putih yg menyatakan berapa gaji yg akan dibayar n selepas 6 bulan akan dinaikan gaji 2.jikalau semua ada pergi Jab.Tenaga Kerja buat laporan.

    Reply

    taufiq Reply:

    salam zaim.
    saya jg baru dapat kerja gaji rm 600 +300 elaun pekerja cacat memang rasa x cukup coz PTPTN saya agak tngi dip& degree kne langsaikan. Tp saya bersyukur dapat kerja biarpun x setimpal kelayakan. sekurangya saya diambil berkeja setelah lama mencari. Bersyukur atas apa yang di berikan. Berbanding saya ngan kawan2 lain perbezaan gaji cukup ketara tetapi saya sedar mereka ngan saya ada perbezaan fizikal dalam kedaan ini bias ttp ada rasa cemburu tapi saya ttp terima hakikat kehidupan cz saya percaya tuhan hanya menguji keimanan kita

    Reply

    mohamed Reply:

    asalam’kum selamat menjalankan ibadah puasa ramadhan al-mubarak 1431/2010 kpd semua umat Islam.
    selamat8 adik taufiq dh dpt kerja n gaji tu ok lah. nk kata x cukup. gaji PM pun x cukup. syukur & reda dgn apa yg ada. biar sedikit ttapi berakah & berkat. PTPTN tu bayar yg termampu janji bayar. Allah sentiasa menguji hambanya apatahlagi dlm bulan ramadahan ini. salam semua tabahkan hati, emosi & keinginan yg melangkaui batas kemampuan diri INSYALLAH ada sinar cahaya dihujung sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa amin

    Reply

    taufiq Reply:

    salam
    tq abg mohamed..tul jg duit banyak pun x cukup asalkan berkat pasti direhdai.. tp saya di uji lgi coz dah kne buang keja.Pdan muka huhu rasa sakit sangat seperti kne tusuk benda tajam tp x berdarah huhu..mybe dah nasib dan dugaan.sabar aje la. saya sebenarnya buntu dalam memikirkan masa depan.saya cb tersenyum tp hati saya takut untuk menghadapi kenyataan.ramai orang salahkan saya ada degree tp xde keja dah keja kne buang..kononya saya pemalas. tp kebenarnya x siapa tahu betapa jiwa dan fizikal saya terseksa dengan pemcarian pekerjaan.saya x nk salahkan sesipa dengan salahkan org x dapat menyelesaikn masalah..SAya bukan nk pekerjaan yang hebat tp cukuplah saya bekerja sedanya untuk menujukan saya ada nilai dan x membebankan sesiapa. saya terima menjadi cacat krn itu takdir saya.tp berikan saya peluang untuk hidup NORMAL krn itu kerpeluan manusia.Saya doakan kawan2 semua semoga cpt dapat kerja dan saya perlukaan doa kawan2 supaya saya terus x pytus asa dalam menjalni kehidupan tq

    Reply

  25. assalamualaikum.. selamat menyambut hari raya.. Semoga lebaran memberi cahaya kepada OKU.hampir 4 thn grad masih menganggur tp masih lagi tidak punyai sebarang pekerjaan. Bertapa nikmatnya jika dapat pekerjaan.. Ekonomi malaysia sama ada gawat atau baik nasib oku ttp sama.kerajaan lebey banyak bercakap, keluhan dan bersimpati ttp begitu sempit ruang menyediakan peluang pekerjaan pada golongan oku ini hanya sekadar retoritik. Tidak seperti di Britian, Jerman negara maju yang lebih banyak mengutamkan kebajikan dlm prosep pembangunan oku. oku sama seperti manusia normal perlu kehidupan, makan minum tmpt tggl, perlu bayar PTPTN semua perlukan wang dptkanya dari mana??..Namum acapkali dikrimaniskan dalam peluang kerjaya..sungguh tidak adil.JKM yang di harpkan sebagai saluran untuk oku mendaptkan informasi lepas tangan seolah2 jabatan itu x berfungsi…tolonglah.. bantulah berikan kesempatan sebelum menilai.Mungkin hari ini kita x rasa apa2 kerana bukan penyandang oku tp esok lusa siapa yang tahu……

    Reply

  26. Assalamualaikum w.b.t

    Untuk pengetahuan u olz saya juga merupakan seorang OKU fizikal dan sedang berkhidmat sebagai penjawat awam di putrajaya..Alhamdulillah mungkin rezeki saya.Saya daftar melalui SPOKU bulan 2 2010,interview bln 5,masuk keje bulan 9..Masalahnya sekarang ni bila dah keje ngan gomen nak kene ikuti kursus,kalau x kursus susah la nak isi penilaian prestasi untuk kenaikan gaji..maklum je la bila dah OKU ni…nak aktif macam orang normal x boleh…tapi tempat kursus kebanyakannya x mesra oku..TENGAH PENING NI……

    Reply

    taufiq Reply:

    waalaikumsalam.. npe harus pening2 ika.. sepatutnya ika bersyukur coz ika dah berjaya berkhidmat di kerajaan.. masih ramai yang penyandang oku yang ingin duduk di tempaat ika termasuk taufiq huhu..saya dah bertahub2 mohon tp x pnh dapt tp saya masih percaya satu hari pasti ada cahaya dalam kegelapan..ika, mmg oku x boleh aktif cam org normal tp ini hakikat hidup kite hanya golongan minorty tpasa terima undang2 mojrity.ad masa kite terpksa jadi normal hanyaa kerna kite menyertai orang normal… bersabarlah ika, sesungguhnya Allah s.w.t sayang pada orang yang bersabar.

    Reply

  27. Bagi geng2 OKU yang tak ada kerja tu…cuba try perniagaan Internet. Saya dah jalankan hampir setahun lbh. Perniagaan Internet yang saya cakap ini bukan MLM atau program-program scam atau ponzi.

    Perniagaan Internet sebenar adalah jual produk dengan membangunkan laman web (minisite). Asalkan tahu komputer dan internet…benda ini mmg boleh belajar. Nak tahu macam mana nak belajar…boleh ke blog saya dgn klik pada nama saya. Hubungi saya di blog saya…

    Reply

  28. asssalamualaikumm..terasa kedil menjadi cacat.. payah btl untuk cari sesuap nasi.sana sini orang memandang fizikal sebelum di ambil berkerja..seksanya hdp hanya kite yang tahu.sudahlah x beri peluang kerja di caci plak.. kite x minta di lahir cacat.if boleh nk jg sempurna orang lain jalani hdp seperti mereka tap apakan daya dah takdir ilahi. bkn setakat fizikal jew sakit mental akan rebah ngan dugaan.. MANA ade pihak membela OKU JKM??x banyak JKM membantu hanya janji2 kosong.perlukah oku tersenyum dalam derita redha dalam sakit.mybe inilah nasib OKU di malaysia.. pembelaan hanya diura kan pada media massa tapi hakikat sendiri yang tahu.mmg la OKU x sama ngan orgnormal kerja tapi ingat lah jg buat kebajikan ade pekerjaann yang boleh di lakukan oleh oku tp kuato diambil org normal..lps ni xpayah galak oku masuk U.yelah bila keluar U seribu satu kerenah birokrasi.. tolang bukan minta simpati tp minta di mengerti

    Reply

    Saifri Reply:

    Salam.saya saiful.sy br di sini.sy oku fizikal.sy jg pemegang degree dan msh mncr kerja.saya ingin menambah kenalan oku di malaysia.harap boleh e mel sy di saifri_80@yahoo.com .tq….

    Reply

  29. Assalamualaikum… sy skong pa korg korg ckp tu.. sy pn oku fizikal.. srba boleh.. jkm n spa jji ksong je.. lw dlm brita bkn main lmbut lg, tp d blkng xda hsil.. mn jji2 korg?

    Reply

  30. Assalamualaikum….sy juga memerlukn pekerjaan yg sesuai dgn sy..coz sy oku pendengaran tahap teruk..bila kerja dimerata tempat sering dpinggirkn kn..sedih xtrkata..bntulah sy…sy belajar pn sampai pmr je..mmg susah dpt kje yg betul2 sesuai..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

72,176 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge