Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni 1 Ramadhan 1430H dan semalam kebanyakan dari kita telah memulakan terawih. Saya memulakan terawih tahun ini di Masjid Al -Ghaffar , Jasin. Disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, nampaknya hanya setakat 8 rakaat sahaja yang ditunaikan. Insyaallah malam ini akan diusahakan penuh 23 rakaat(campur witir). Bila melihat masjid tersebut yang tersergam indah namun hanya 3 saf sahaja yang dipenuhi menampakkan bahawa kurangnya jemaah. Mungkin kebanyakan dari kita (termasuk si Zool) yang lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam..

Wallahualam.. Berikut merupakan Fadhilat Solat Terawih yang diambil bulat-bulat dari website Al-Azim
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”
Tapi jangan terlalu memikirkan fadhilatnya, sebaliknya jadikan ia sebagai amalan.. Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan..
p/s :- Si Zool telah bergerak dalam Cabaran Ramadhan no 4.. Anda bagaimana?
RSS Feed
Twitter



August 22nd, 2009
zool
Posted in
Tags: 


harap ct lebih rajin gi terawih puase kali ni
Reply
terima kasih berkongsi ilmu, setiap perkara kalau dilakukan dengan niat yang suci dan hati yang bersih. dan juga tanpa memikirkan akan semata ganjarannya, insya allah akan menjadi tarbiah (biasa).
Reply
zool
Reply:
August 23rd, 2009 at 15:27
betul tu.. tak perlu harap ganjaran..
insyaallah ada balasannya,,
Reply
Subhanallah.bile difikirkan fadhilatnya,apa la sgt dgn perbuatan yg kite buat tu,kan?Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Reply
zool
Reply:
August 23rd, 2009 at 15:28
Betul tu..
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Kita byk buat dosa tapi masih ada peluang untuk diampunkan.
Reply
terima kasih atas perkongsian diatas.selalu bila malam
terakhir mesti kurang orang sembahyang terawih.alasan nak
buat persiapan hari raya.
Reply
zool
Reply:
August 23rd, 2009 at 15:29
biasalah tu.. harap2 dpt dielakkan..
Er.. masuklah cabaran Ramadhan..
http://ligakampung.com/blog/cabaran-ramadhan/
Reply
eh ni masjid baru depan tnb tuh kan
mungkin ramai lagi belum tahu kot. hehe
Reply
zool
Reply:
August 23rd, 2009 at 15:30
byk lah org tak tahu..
dah berapa kali raya dah..
Sini ada byk tempat untuk org terawih.. surau, masjid byk.. tu yg mungkin kurang kat situ..
Reply
salam bro. rasanya hadith ni dah tak valid la. try google untuk sahkan fadilat terawih ni. dulu sy pernah baca dkat blog ustaz (x igt) dia cakap ni tak valid.
Reply