Nak Bisnes Prepaid yang boleh autoreload untuk semua Telco?? Inilah yang terbaik..
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Soalan yang tidak digemari

Written by zool on March 23, 2008 – 2:45 pm -

Assalamualaikum….
Salam gembira dan menjalani hidup-hidup dengan ceria,… Sekali lagi si Zool akan menulis untuk menambahkah lagi artikel-artikel di alam maya ini…
Seperti biasa hari Sabtu dan Ahad merupakan hari di mana pengunjung agak berkurangan.. Almaklumlah hari untuk menenangkan fikiran di samping berjalan-jalan bersama keluarga yang tercinta..

Ops cukup membebel , mulakan topik yang hendak ditulis tadi.. Saya rasa sudah pasti anda biasa menemui soalan-soalan yang paling biasa namun sukar untuk dijawab .. Dan ianya merupakan soalan yang ingin dielakkan.
Okay berikut saya berikan beberapa contoh soalan yang tidak digemari.. Ada yang berkaitan dengan diri ini dan yang belum berkait lagi..

1. ” Bila kau nak kahwin?? ” ..Huhuhuhuhuhu.. Soalan ini sering diajukan terutamanya kepada mereka yang bujang/dara .. Memang kebanyakan dari kita akan cuba mengelak soalan ini.. Begitu juga dengan orang yang menulis artikel ini.. Bosan mendengarnya..

2. ” Bila nak tukar kereta “.Ni satu lagi soalan yang tak berapa den gomar nie.. Ingat nak tukar kereta pakai bulu idung ko.. Memang orang selalu bertanya bila nak tukar ni bila nak tukar tu.. Yang seksanya diri sendiri. Kalau tak ukur baju badan sendiri alamat memang dah tukar kereta.. Tapi bila memikirkan hidup ni panjang so baik simpan duit untuk benda2 lain dulu…

3. ” Apa faedah ko buat blog ni??” Soalan ni pun walaupun tidaklah sensitif sangat tapi kadang kala malas untuk dijawab.. Saya rasa bagi blogger-blogger di sana mungkin ada jawapan bagi soalan ini..

4. ” Apsal ko tak ikut je macam aku? ” HUhuhuhu.. Saya agak kurang suka dengan pertanyaan begini.. Kenapa??? Sebab ianya seperti menunjukkan kelagakan orang yang bertanya..

Okaylah rasanya idea pun setakat ini sahaja.. Otak pun dah tepu.. Mungkin anda ada soalan-soalan yang tidak digemari.. APa kata kongsi saja disini…


Posted in santai |

9 Comments to “Soalan yang tidak digemari”

  1. Azhar Ahmad Says:

    Ehhh bro tak kahwin lagi rupanya… Sekufu kita ya….

  2. pandagumuk Says:

    “wea..asal gmok sgt nie?happy sgt ke”

    xsukeeeee.

  3. zool Says:

    azhar –> kita serupa…
    pandagumuk –> sabar je la….

  4. Afzai Afandi Says:

    Untuk keempat2 soalan tu kalau ko ditanya lagi…ko jawablah “ku fikirlah sendiri”..hehe main2 jer

  5. starline Says:

    soalan 3 tu memang selalu dengar.Bukan jer tanya siap kutuk lagi blogger ni.Tak mengapa la.Kita buat benda elok bukan salah.

  6. kumb@ng Says:

    jawapan aku utk soklan..

    1.kaaa..wen??err..bulan 5,cuma tahun tak tahu bile..hehe :D
    2.tuko keta??rr..bulan 5 juga,cuma tahun tak tahu bile..hehe :D
    3.faedah buat blog?suka aku lah!
    4.ikut ko?eh..suka aku lah!

  7. ahmadyusrie Says:

    nice topic bro…
    izinkan saya menggunakan topic ini di blog saya
    ahahaha…minta izin secara skema

  8. zool Says:

    afzai —> ooo.. cam nabil ye..
    starline —> rilek…
    kumbang –> bulan 5 tu hari jadi ko ker???
    ahmadyusrie —> nice ye… orait gunakanlah topik ni.. tapi kalau boleh sekali backlink ye.. :)

  9. menteil Says:

    haha…
    aku sokong2…
    selalu kena soalan no 3 tu..

    lagi satu..
    “ko nie sik ngan tenet jer…”



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS