Ingin berniaga online?? Cuba Niaga Kit
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum semua..

Ops sabar tuan-tuan.. Saya tahu ramai yang tidak puas hati bila membaca tajuk di atas terutamanya bro chot.. Walau bagaimanapun diharap anda semua membaca artikel ini sampai habis sebelum memberi komen ye..

Sebenarnya pada pandangan saya permainan snooker ini adalah ‘harus’ seperti permainan-permainan lain.. Ianya akan menjadi haram jika disertakan dengan unsur-unsur perjudian.. Serupalah dengan permainan lain tetapi sesetengah dari kita prejudis dan menyatakan bahawa ianya haram..

Secara jujurnya saya akui kedai-kedai snooker kadang kala mengundang gejala sosial seperti berkumpulnya gangster, perjudian, pelajar ponteng dan sebagainya… Namun untuk menyatakan ianya haram sudah pastilah tidak tepat.. Rasanya cukup untuk saya membincangkan tentang hukum kerana ianya lebih sesuai di jawab oleh mereka yang lebih berilmu…

Kenapa tiba-tiba saya berbicara tentang snooker?? Sudah pastinya lantikan sebagai timbalan menteri belia dan sukan dalam draf kabinet bayangan beras padu merupakan salah satu faktornya selain komen KPSU(PA) di post menaiki bas di Melaka Sentral yang bertanyakan samada saya masih bermain snooker lagi.. Jawapan saya ialah tidak…

Bila bercerita kembali pasal snooker ni memang teringat kembali kenangan lalu… Kenangan ketika bersama 4 orang rakan ke pusat snooker Jasin untuk melayan kehebatan masing-masing.. Dan ingat lagi ketika itu saya, KPSU(PA), En CD dan En S menjadi antara pengunjung di tempat tersebut… Walau bagaimanapun dunia berubah, masing-masing telah bekerja di luar Melaka ( kecuali si Zool) dan juga telah berumahtangga ( lagi kecuali si Zool).. Jadi peluang untuk menonjol bola snooker makin kurang..

Ops sebelum menamatkan artikel hari ini saya juga amat tertarik dengan artikel di blog datuk raja ahmad zainuddin mengenai Pembatalan PLPT.. Mungkin anda semua boleh ke blog beliau untuk memberikan pendapat seperti saya..

ADIOS..

Tags: , ,

8 Responses to “Snooker Haram ??”

  1. eh, setahu saya bila ada pertaruhan tu baru jadi haram.
    Snooker ni tak haram, cuma gambaran yang diberikan nampak macam haram. sebenarnya ia satu permainan. mcm karum tu…tapi saya kurang sikit dengan snooker, sebab tak pandai,heehee

  2. terkezut aku dgr tajuk entry ni…

    ia akan jatuh haram jika ada unsur judi..

  3. snooker haram?
    pandai2 kita manusia jatuhkan hukum kan?
    hhahhahah…

    haram pada perkataan?
    atau haram pada perbuatan?

    snooker?
    tolak bola2 kecik masuk lubang guna kayu? haram ke?

    hahahahahhhahhah

  4. snuker ni kalo jd haram tak bes lak..remaja2 seperti chot takde la aktiviti riadah malam2..haha..

    p/s- bila mau balas tag broo…

  5. zuhairy —> memang tak haram pun saja je nak tgk orang baca tak entry nie..
    chot —> aku dah agak ko mesti balas punya.. teknik je buat tajuk tu..
    nurul —> yeah ni mesti tak baca habis nie… dah jumpa sorang…
    kimie –> tak haram lah.. cuma kadang-kadang ramai pandang serong ngan permainan ni.. tu yang tak maju kat Malaysia… huhuhu.. buat masa ni belum boleh nak balas la kimie.. banyak sangat idea…huhuhuhu

  6. penah skali je main snooker. tu pun ms kayu snooker lebey tinggi dr kite. eheh

  7. aria —> he he he.. samalah kita..

Trackbacks/Pingbacks

  1. TauKeY.Com » Blog Archive » Menjilat Air Ludah Sendiri

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>