Slot terakhir suku akhir Piala Malaysia disertai oleh JDT dan Kelantan

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi pertandingan Piala Malaysia menyaksikan pasukan JDT dan Kelantan berjaya melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik.
Pada aksi di Stadium Shah Alam, JDT menang selesa 3-0 ke atas wakil kelab Liga Premier MIFA, sekali gus muncul juara Kumpulan C dengan kutipan sembilan mata.

Tiga gol skuad Harimau Selatan diperoleh menerusi sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke-62, serta gol padang dan sepakan penalti Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-72 dan ke-82.

Kelantan pula memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah mengatasi juara lima kali, Kedah 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-51 dan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-90.
– BERNAMA

1 thought on “Slot terakhir suku akhir Piala Malaysia disertai oleh JDT dan Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives