Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Uber gagal di Bangkok

Skuad badminton berpasukan negara gagal dalam Piala Uber 2018. Kegagalan menumpaskan Indonesia pada perlawanan pertama pada aksi pembukaan Isnin lalu memberi petanda awal kegagalan skuad negara untuk melepasi peringkat kumpulan.
Pertarungan menentang jagoan dunia, China menyaksikan skuad negara tidak mampu melakar kejutan. Walaupun mendapat 1 mata melalui perseorangan kedua negara, Goh Jin Wei namun ia tidak cukup untuk memberikan mata negara melangkah ke peringkat seterusnya.
Ia menyaksikan sekali lagi skuad badminton wanita negara kempunan selepas kali terakhir melangkah ke kelompok lapan terakhir ialah pada tahun 2010 di Kuala Lumpur.

Selepas ini pasukan negara akan bertemu Perancis untuk melengkapkan saingan peringkat kumpulan. Walaupun gagal namun ada nampak potensi pada 2 tahun akan datang sekiranya pemain-pemain yang ada sekarang ini cuba untuk memperbaiki prestasi.
Pemain perseorangan negara seperti Soniia Cheah, Goh Jin Wei dan Selvaduray Kisona menunjukkan potensi yang ada untuk 2 tahun akan datang manakala pemain beregu mungkin sudah boleh melakukan peralihan kepada para pemain muda.

 

Please follow and like us:
error0

One thought on “Skuad Uber gagal di Bangkok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)