LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad takraw muncul naib juara Piala Dunia ISTAF 2017

HAJAT skuad lelaki negara muncul juara Piala Dunia ISTAF (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand di Hyderabad, India dalam aksi dua set, hari ini.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada trio lelaki negara terutamanya pada set kedua apabila berjaya mencetus cemas kepada lawan dengan tidak memberikan kemenangan mudah dalam aksi di Stadium Tertutup Gachibowli itu.

Thailand yang merehatkan tekong berpengalaman, Siriwat Sakha sejak awal, akhirnya menurunkannya pada pertengahan set kedua menggantikan Krissanapong Nontakote dalam usaha menafikan kebangkitan trio negara yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Hanapiah Dolah (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan).

Bagaimanapun trio negara terus mempamerkan kebangkitan ketika ketinggalan 15-18 untuk mengikat kedudukan dan mengekori rapat pungutan mata sebelum Thailand akhirnya menang 23-21 selepas berhempas-pulas.

Terdahulu pada set pertama, Malaysia kendalian Abdul Talib Ahmad turut mempamerkan semangat juang tinggi apabila tewas 19-21 terutamanya selepas menurunkan Hanapiah di hujung perlawanan menggantikan Norhafizi Razak sebagai perejam.

Barisan pemain Malaysia jelas masih perlu membaiki corak permainan sekiranya mahu mengulangi pencapaian menewaskan Thailand di Siri Super ISTAF pada 2015.

Thailand dilihat jelas mempunyai barisan pelapis berkualiti apabila tetap mampu mengulangi pencapaian edisi 2011 di Kuala Lumpur walaupun tidak membariskan beberapa pemain utama seperti Pornchai Kaokaew dan Anuwat Chaichana.

Gangsa diraih India dan Singapura, dua pasukan yang kecundang di separuh akhir.

Kategori wanita menyaksikan Thailand turut mengekalkan pencapaian 2011 apabila menewaskan Vietnam 21-11, 21-19 di final manakala gangsa dikongsi Malaysia dan Iran.

Sumber :-

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)