LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Sepaktakraw Negara bakal disekat peruntukan

Jarang sekali menulis pasal sukan sepaktakraw ini ditambah dengan ketiadaan berita meluas mengenainya. Mungkin peminat sukan telah mengetahui betapa skuad sepaktakraw negara mengalami kekalahan kepada pasukan Korea Selatan di perlawanan akhir Siri Super ISTAF di India pada hari Ahad yang lalu.
Kekalahan itu menimbulkan persoalan dimanakah arahnya sukan sepaktakraw Malaysia. Selepas isu pemain sepaktakraw dari Malaysia yang lari dari kejohanan Liga Hoki Thailand mencalar reputasi negara, kali ini kekalahan kepada pasukan Korea Selatan memberi tamparan hebat kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
Takraw Korea

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang kecewa dengan keputusan ini bercadang untuk menyekat peruntukan PSM selagi tiada pelan pemulihan yang dikemukakannya. Menurutnya juga, walaupun KBS tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam pentadbiran sesuatu pasukan sukan namun mereka mempunyai kuasa dari segi pemberian peruntukan.
Setiausaha Agung PSM Datuk Arshad Yahya dalam kenyataannya memberi jaminan bahawa rombakan besar-besaran akan berlaku bagi membentuk skuad kebangsaan yang mantap untuk ke Sukan SEA di Myanmar Disember ini selepas siri kekalahan ini.

– BERNAMA

Memang agak mengejutkan melihat prestasi semasa skuad sepaktakraw negara yang masih berada di takuk lama sedangkan pesaing sudah mula menguasai gelanggang. Pasukan Korea Selatan yang dulunya pasukan belasahan kini mampu menumbangkan skuad Malaysia dengan mudah dan juga mengalahkan Thailand. Itu belum dikira lagi skuad negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Myanmar yang semakin hebat bersaing.
Agak malang kerana sukan sepaktakraw ini merupakan sukan tradisi masyarakat kampung di Malaysia. Seeloknya PSM perlu mencari jalan terbaik untuk memastikan sepaktakraw di Malaysia menjadi kembali gagah seperti di masa lampau. Jangan ia hanya menjadi lipatan sejarah.

Apa pula pandangan anda tentang prestasi skuad takraw Malaysia? Apa agaknya perlu dilakukan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia? Adakah mereka patut merombak bukan hanya pemain sahaja tapi juga pihak pengurusan? Ini perlu dilakukan dengan segera agar ia tidak terlambat terutama bagi mengejar pingat emas Suka SEA pada Disember ini nanti.

Sekian

Please follow and like us:
error0

11 thoughts on “Skuad Sepaktakraw Negara bakal disekat peruntukan

    1. mungkin KJ nak bagi pengajaran kepada PSM agar lebih serius..
      perkara ni bukan baru tapi sudah lama dimana sepaktakraw negara masih ditakuk lama

    1. memang korea ni hebat.. banyak sukan yang mereka mampu bersaing dengan cepat.. tak mustahil satu hari nanti skuad takraw negara terkebelakang

    1. persatuan kenalah cari penaja sendiri..
      lagipun KJ ugut kalau takde perancangan tiada peruntukan jadi PSM kenalah buat post mortem dan buat perancangan betul

  1. Memang patut pun disekat. Dah berpuluh tahun dah diberi peluang, tapi ape hasilnye? Kalah lawan Myanmar, then kalah lawan Korea Selatan? Are you kidding me???

    Baik hapuskan je persatuan sepak takraw. Dah tak relevan.

    1. hapuskan persatuan takraw adalah cadangan yang tak masuk akal rasanya..
      kalau takde persatuan langsung alamatnya takdelah sukan takraw di Malaysia.. cuma sesuai untuk main petang-petang.. jadilah cam permainan guli atau batu seremban je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)