LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Ragbi Malaysia dibelasah Hong Kong

Skuad ragbi negara menamatkan saingan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dengan keputusan mengecewakan selepas tumpas dengan jaringan terbesar dalam sejarah kejohanan.
Hong Kong selaku pasukan pilihan mudah menumbangkan skuad negara dengan keputusan 91-10 di Stadium Bola sepak Hong Kong pada Sabtu.

Malaysia berjaya mendapatkan gol melalui try pemain naturalisasi dari Fiji, Etonia Vaqa Saukuru yang disempurnakan kapten pasukan, Syahir Asraf Rosli dan penalti Amirul Aqil Kamsol pada separuh masa kedua.
Manakala try Hong Kong disempurnakan Conor Hartley (tiga), Jamie Lauder (dua), Adam Fullgrabe, Jack Delaforce, Jack Neville, Jamie Pincott, Jamie Tsang, Max Denmark dan Robert Keith. Matthew Rosslee turut melakar nama dengan satu conversion manakala Ben Rimene berjaya menyempurnakan 11 conversion.

Ia adalah kekalahan terbesar Malaysia sejak tewas 86-20 kepada Filipina di Kejohanan Lima Negara Divisyen Satu pada 2011. Kekalahan terbesar Malaysia dalam format 15 sebelah adalah kepada Korea Selatan (112-5) pada 1996.

Kekalahan ini menyaksikan skuad Malaysia menamatkan saingan di kedudukan terakhir tanpa sebarang mata. Hong Kong akan menentang Korea Selatan pada 2 Jun untuk menentukan juara keseluruhan ARC musim ini.
Terdahulu Malaysia tewas kepada Hong Kong 67-8 dan Korea Selatan 35-10 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Korea kemudian menewaskan skuad kebangsaan 67-12 di Incheon.

Skuad kebangsaan kini akan menentang juara Divisyen 1 ARC dalam aksi play-off untuk kekal atau tersingkir namun masih tiada tarikh ditetapkan.

Sumber :-HMetro

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)