Skuad Piala Thomas kandas di suku akhir

Nampaknya impian untuk menjulang Piala Thomas buat Malaysia terpaksa ditangguhkan lagi selepas skuad badminton lelaki negara tumpas kepada skuad Indonesia dengan keputusan 1-3 sebentar tadi.

jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menepati ramalan membawa pulang mata pertama. Walaupun berdepan cabaran yang sengit oleh pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting namun pemain no 1 negara itu mencurahkan segala pengalaman untuk memungut mata pertama dengan keputusan 21-19 , 21-16 dalam masa 49 minit.

Pasangan beregu no 1 negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong sekali lagi menghampakan selepas tumpas kepada pasangan Indonesia, Marcus Gideon/ Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan keputusan 19-21, 22-20 ,13-21.
Kelemahan mental jelas menjadi punca kekalahan pasangan beregu negara dalam menghadapi serangan psikologi pihak lawan.

Pemain perseorangan kedua negara yang sebelum ini mengejutkan pemain veteran Denmark, tidak mampu melakar kejutan kepada pemain Indonesia, Jonathan Christie.
Walaupun cuba melawan namun aksi pada set ketiga menyaksikan Lee Zii Jia tumpas kepada Jonathan Christie dengan keputusan 15-21, 21-11, 13-21.

Pereorangan kedua negara iaitu Aaron Chia/ Teo Ee Yi pula tidak mampu mengalas tanggungjawab berat selepas skuad negara ketinggalan 1-2.
Harapan yang disandarkan berkecai selepas mereka tumpas kepada pasangan beregu Indonesia Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto dengan keputusan 18-21, 21-10, 9-21.
Walaupun berjaya mendapatkan set kedua namun mereka longlai pada penentuan rubber set sekaligus memastikan Indonesia layak ke peringkat separuh akhir.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply