Skuad Petanque meraih gangsa pada Kejohanan Petanque Dunia 2017

petanque

Sukan Petanque mungkin bukan sukan yang popular di Malaysia namun skuad pentaque negara telah mencapai tahap dunia. Kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara beregu campuran pada Kejohanan Petanque Dunia 2017 di Ghent, Belgium pada minggu lepas pasti membuka mata sesetengah pihak.

Pasangan Syed Akmal Fikri Syed Ali dan Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz tewas kepada pasangan Tunisia, Khaled Lakhal dan Nadia Ben Abdessalam pada perlawanan separuh akhir.

syed-akmal-petanque

Ia merupakan kejayaan sulung Malaysia pada peringkat dunia dalam sukan petanque. Menurut Syed Akmal, 20 kejayaan mereka hasil persiapan rapi disamping berlatih di gelanggang bertaraf dunia.

Kejayaan ini juga memberikan motivasi bagi atlet kelahiran Dungun,Terengganu ini dalam persiapan untuk menghadapi Sukan SEA ke 29 pada Ogos nanti. Beliau yang juga pemenang pingat perak acara triples di Sukan SEA ,Singapura dua tahun lepas juga beraksi dalam acara beregu lelaki namun kandas di suku akhir di tangan pasangan dari Thailand, Thanakom Sangkaew dan Sarawut Sriboonpeng.

Sukan Petanque ini agak kurang dikenali oleh rakyat Malaysia. Mungkin lawn bowl lebih dikenali berbanding sukan ini namun dengan pencapaian ini diharap akan munculnya lagi barisan pemain yang dikenali serta mampu mengharumkan nama negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Petanque, rujuk laman web ini

Playaboule

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Skuad Petanque meraih gangsa pada Kejohanan Petanque Dunia 2017

Leave a Reply