LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad pemain kebangsaan untuk perlawanan persahabatan ke Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pasukan bolasepak kebangsaan akan beraksi pada 3 – 15 Jun 2013 ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dan dijadualkan menentang Canberra All Stars, Sydney United dan Sydney Olimpik. Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal telah menyenaraikan 26 pemain untuk menjalani latihan bermula 29 Mei ini. Tidak banyak perubahan berbanding senarai pemain sebelum ini. Cuma terdapat beberapa pemain baru yang dipanggil.

Berikut merupakan senarai 26 pemain yang dipanggil menjalani latihan.

• Khairul Fahmi _ Kelantan
• Farizal Marlias – Perak
• Norazlan – Selangor
• Mahali Jasuli – Selangor
• Bunyamin – Selangor
• Asraruddin – Selangor
• Amiridzwan Taj – ATM
• Aidil Zafuan – ATM
• Khyril Muhymeen – Kedah
• Amri Yahyah – Selangor
• Gurusamy – Selangor
• Kunalan – Selangor
• Safiq Rahim – Johor DT
• Azwan Roya – Johor DT
• Farid Ramli – Johor DT
• Azamuddin Akil – Pahang
• Nik Shahrul – Kelantan
• Shakir – Kelantan
• Badri Radzi – Kelantan
• Faiz Subri – Kelantan
• Faizal Muhamad – Terengganu
• Nazrin Nawi – N. Sembilan
• K. Reuben – ATM
• Nizad – Johor DT
• Norshahrul – Johor DT
• Safee Sali – Johor DT

Sumber :- Foxsportsmy

senarai harimau malaya
image upload with preview

Kredit Gambar kepada empunya..

Secara peribadi ada beberapa kemasukan pemain yang kurang disenangi oleh peminat tempatan. Ini kerana ada beberapa pemain yang prestasinya agak merudum dalam Liga Super/ Liga Perdana namun masih dipilih.
Agak menyedihkan bila pemain Sarawak yang mengungguli Liga Perdana tidak dipanggil terutamanya penyerang sensasi mereka iaitu Bobby Gonzales. Ia sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh penyokong pasukan seberang memandangkan mereka juga ingin mempunyai wakil dalam pasukan kebangsaan terutama apabila skuad mereka dalam prestasi yang baik.
Seeloknya pemilihan pemain berdasarkan prestasi semasa dan bukan pada sejarah masa lampau. Tak gitu?

Sekian..

One thought on “Skuad pemain kebangsaan untuk perlawanan persahabatan ke Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.