Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Malaysia tumpas kepada Myanmar pada aksi Futsal AFF

Skuad futsal Malaysia melangkah ke separuh akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2017. Namun langkah seterusnya pasti mencabar selepas menjadi naib juara Kumpulan B setelah tewas di tangan Myanmar 3-5 pada hari ini.

Pasukan negara bermula garang apabila mendahului 3-0 selepas mendapat jaringan melalui Abu Haniffa Hassan pada minit 17, Saiful Nizam Ali minit 18 dan Khairul Effendy Bahrin minit 23.

Kelekaan pada babak kedua menyaksikan Myanmar bangkit menerusi jaringan Nyein Min So minit 31, Pyae Phyo Maung minit 31, Aung Aung pada minit ke 36 yang menyamakan kedudukan. Pasukan negara kempunan untuk menjadi juara Kumpulan B apabila Nyein Min Soe dan Pyae Phyo Maung menjaringkan gol pada minit ke 40 untuk memberikan kemenangan pada pasukan Myanmar.

Sudah pasti cabaran di separuh akhir getir kerana pasukan negara perlu bertemu juara bertahan, Thailand di separuh akhir pada Jumaat ini.  Untuk rekod, pasukan Thailand baharu sahaja menyertai Piala Dunia Futsal 2016 di Colombia dan berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Pasti sukar untuk pasukan negara melakar kejutan apatah lagi beraksi di gelanggang lawan.

Walaubagaimanapun, kami di Ligakampung.com mendoakan kejayaan pasukan futsal Malaysia. Semoga berjaya.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Skuad Malaysia tumpas kepada Myanmar pada aksi Futsal AFF

  1. Dahsyat jugak pasukan Myanmar yer… Walaupun Pasukan Malaysia dah leading 3-0 tapi masih boleh kejar dan menang pulak tu…. Huhuhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)