Skuad hoki wanita sekadar tempat keempat

Skuad hoki wanita menamatkan aksi di tempat keempat dalam Kejohanan Juara Asia(ACT) di Donghae ,Korea Selatan sebentar tadi.
Pasukan bimbingan K.Dharmaraj itu tumpas dalam aksi penentuan tempat ketiga kepada pasukan no 8 dunia, China dengan keputusan 0-2.

Dalam aksi tersebut skuad hoki wanita ketinggalan pada minit ke 14 dan tambahan jaringan dilakukan pada minit ke 53.
Dharmaraj dalam kenyataan media memaklumkan tetap berbangga dengan pemain-pemain yang beraksi baik menentang pasukan yang akan bertanding dalam Kejohanan Piala Dunia kecuali Jepun yang tidak menampilkan pemain terbaik mereka.
Dalam Kejohanan tersebut 5 pasukan beraksi dimana hanya pasukan negara yang tidak layak ke Kejohanan DUnia yang bakal berlangsung di England pada 21 Julai hingga 5 Ogos 2018.

Dalam kejohanan ini skuad negara menumpaskan Jepun dalam peringkat kumpulan sebelum tewas kepada India 2-3, Korea Selatan 1-3 dan China 1-3.
Walaupun tumpas namun ada perkembangan baik apabila skuad negara menampilkan aksi menentang yang cukup baik. Selain itu, penjaga gol Farah Ayuni Yahya dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

Dalam kejohanan ini, skuad Korea Selatan muncul juara selepas menumpaskan India dengan keputusan 1-0.

1 thought on “Skuad hoki wanita sekadar tempat keempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives