LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Hoki sumbang emas kedua Olimpik Belia

Nampaknya sinar pada potensi skuad hoki negara semakin menyerlah. Skuad hoki lima sepasukan yang bertanding dalam Sukan Olimpik Remaja (YOG) memberikan pungutan emas keuda negara selepas menumpaskan pasukan India pada perlawanan pagi Isnin.
Kejohanan yang berlangsung di Buenos Aires itu menyaksikan pasukan remaja bawah 18 tahun itu mengalahkan India 4-2. Pasukan yang dibimbing Walace Tan itu ketinggalan seawal minit kedua apabila ketua pasukan India, Vivek Sagar Prasad menjaringkan gol pertama pasukan lawan.
Namun skuad negara berjaya menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian melalui gol padang Firdaus Rosdi.
Gol itu tidak kekal lama selepas Vivek sekali lagi memanfaatkan peluang untuk meletakkan India di kedudukan 2-1 sehingga rehat.
Empat minit selepas bersambung, Akhimullah Anuar Esook menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Amirul Hamizan Azhar meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke 17.

| Apa Itu Hoki 5S |

Seminit selepas itu Akhimullah sekali lagi menjaringkan gol sekaligus memberikan emas kedua negara dalam Kejohanan kali ini.
Pingat gangsa acara hoki lima sebelah itu menjadi milik pasukan tuan rumah, Argentina, yang menewaskan Zambia 4-0.
– BERNAMA

Ligakampung.com mengucapkan syabas kepada barisan pemain muda negara. Mungkin selepas ini Persatuan Hoki Malaysia (KHM) boleh mempromosikan Hoki 5S( Hoki 5 Sebelah) yang agak kurang dipertonjolkan di dalam media masa. Kalau kita lihat, sukan Hoki 5S ini mungkin dapat menarik lebih ramai lagi peminat sukan untuk mengambil bahagian. Pemain-pemain yang beraksi dalam kejohanan Hoki 5S ini juga boleh mendapat peluang untuk beraksi mewakili negara dan tidak hanya bergantung kepada hoki biasa yang melibatkan 11 pemain.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)