LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Hoki Sasar juara Piala Sultan Johor

Kejohanan hoki Piala Sultan Johor 2013 akan bermula pada hari Ahad ini (22 September 2013). Pastinya peminat hoki akan kembali ke Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bagi menyaksikan kejohanan hoki yang disertai oleh pasukan hoki remaja bertaraf dunia.
Untuk kejohanan pada tahun ini sebanyak enam pasukan telah mengesahkan penyertaan iaitu Pakistan, India, Korea Selatan, England, Argentina dan skuad Malaysia sendiri. Walaupun ianya menampilkan pasukan remaja namun saingan tetap sengit memandangkan pasukan yang bertanding juga mempunyai keupayaan yang hebat.

Walaupun tanpa juara bertahan, Jerman namun kekuatan 5 pasukan lain tetap kuat. Pasti pasukan ini akan memberi tentangan habis-habisan untuk menjuarai kejohanan ini. Penyertaan pasukan hebat itu tetap tidak mengerunkan pasukan hoki negara. Pengurus pasukan hoki remaja kebangsaan, Minarwan Nawawi mensasarkan kejuaraan kepada barisan pemain hoki negara pada edisi ketiga ini.
Beiau yakin dengan kekuatan pemainnya dan mengharapkan agar mentaliti kemenangan ada pada barisan muda negara bagi bersaing dalam Piala Dunia Remaja di India pada tahun hadapan. Pasukan Malaysia pernah menjulang Piala Sultan Johor pada 2011 menumpaskan Australia sebelum menduduki tangga tercorot pada penyertaan tahun lalu.
SINARHARIAN


Semoga barisan hoki muda negara mampu mencapai sasaran tersebut dan mesti bersedia menyahut cabaran dari pengurus pasukan hoki negara. Semoga mereka berjaya memenangi Piala Sultan Johor 2013 untuk kali kedua selepas prestasi buruk pada kejohanan lalu. Rasanya masih ramai pemain muda yang boleh beraksi dalam kejohanan kali ini. Pasti pengalaman pemain muda yang beraksi dengan pemain senior pada kejohanan lalu memberikan peluang lebih cerah untuk pasukan bimbingan K Dharmaraj ni.

Sekian

p/s :- Baru betul-betul masuk pertandingan kalau ada sasaran besarkan? Janganlah macam sesetengah sukan tu yang asyik-asyik sekadar main untuk pengalaman je kan..

p/s : Kejohanan hoki Piala Sultan Johor ni pun kurang publisitinya..

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Skuad Hoki Sasar juara Piala Sultan Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)