LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Hoki Negara Tumpas di AKhir

Sekali lagi skuad hoki negara tumbang di perlawanan akhir. Kali ini di Kejohanan Siri Akhir FIH 2019. Meskipun tempat untuk layak ke kempen kelayakan Olimpik 2020 telah selamat namun kemenangan menentang Kanada akan dapat memberikan suntikan moral kepada skuad negara.

Dalam perlawanan yang telah tamat sebentar tadi skuad hoki negara terpaksa akur dengan pasukan ranking ke 10 dunia itu selepas tumpas 2-3. Skuad negara mendahului pada minit ke 8 melalui Firhan Ashari. Pasukan Kanada berjaya mendapatkan jaringan pukulan sudut penalty melalui Scott Tupper dan Brendan Bissett pada minit ke 22. Jaringan menarik melalui biasan oleh James Kirkpatrick menghasilkan gol ketiga sekaligus menyukarkan peluang skuad negara .

Meskipun pemain veteran, Tengku Ahmad Tajuddin berjaya merapatkan jaringan pada minit ke 53 namun gol penyamaan tidak tiba. Meskipun pada minit terakhir terdapat jaringan namun tidak disahkan oleh pengadil yang mengatakan tiada sentuhan oleh pemain dapat kotak penalti. Begitu juga dengan pukulan penalty stroke yang tidak dapat disempurnakan oleh Faizal Saari menjadikan keputusan memihak kepada pasukan Kanada.

Secara keseluruhannya, Ligakampung berpendapat bahawa masih banyak kekurangan oleh skuad negara dalam Kejohanan kali ini. Nampak kita agak bernasib baik pada peringkat kumpulan. Kekalahan kepada Itali dan seri kepada China hampir-hampir menyebabkan peluang ke kempen kelayakan tertutup di tempat sendiri. Pasti ia tidak boleh diterima kalau skuad negara GAGAL tempohari. Banyak perkara perlu diperbaiki oleh jurulatih terutama dari segi pertahanan yang agak lalai sehingga menyebabkan gol-gol mudah terhasil oleh pihak lawan. Barisan serangan juga perlu lebih tajam dan tidak hanya mengharapkan Tengku yang sudah semakin dimamah usia.

Semoga skuad negara mampu layak ke Sukan Olimpik 2020 yang akan menjadi penanda aras baru untuk sukan hoki negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)