LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Hoki Negara Pulang Awal selepas berada di tangga tercorot Kumpulan D

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Malaysia tewas 3-5 kepada Jerman dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia 2018 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India hari ini, sekali gus boleh menempah tiket pulang awal ke tanah air selepas gagal merealisasikan sasaran 10 terbaik kejohanan berprestij itu.

Kekalahan tersebut bermakna Malaysia menamatkan aksi Kumpulan D di tangga tercorot dan terlepas peluang melangkah ke pusingan playoff, sekali gus secara automatik tersingkir daripada kempen di Bhubaneswar dan menempatkan diri di kedudukan ke-15 daripada 16 pasukan bertanding.

Tiga lagi pasukan yang turut pulang awal dari kempen Piala Dunia 2018 selepas meraih kedudukan tercorot dalam saingan peringkat kumpulan masing-masing ialah Sepanyol yang menamatkan aksi di tempat ke-13, Ireland di tempat ke-14 dan Afrika Selatan menghuni tempat ke-16.

Keputusan di Bhubaneswar bermakna Malaysian Tigers sekadar memperbaiki kedudukan dalam kempen Piala Dunia 2014 yang menyaksikan skuad negara ketika itu menamatkan kempen di tangga tercorot keseluruhan.

Dalam perlawanan tersebut Jerman terlebih dahulu mendapatkan jaringan seawal minit kedua menerusi Timm Herzbruch hasil pukulan sudut penalti dan terus menambah dua lagi gol padang daripada Christopher Ruhr pada minit ke-14 dan ke-18.

Malaysia mula mempamer kebangkitan pada pertengahan suku kedua apabila berjaya mendapatkan dua jaringan pukulan sudut penalti menerusi Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-26 dan Nabil Fiqri Mohd. Noor pada minit ke-28.

Usaha Malaysia untuk menyamakan kedudukan tidak bertahan lama apabila Jerman menjarakkan jurang jaringan pada minit ke-39 hasil gol padang daripada Marco Miltkau sebelum Muhammad Razie dapat menghadiahkan gol ketiga negara pada minit ke-42 hasil pukulan sudut penalti.

Kedudukan 3-4 berterusan pada suku keempat dan ketika itu Malaysia berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun Jerman lebih cepat melancarkan serangan balas apabila berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-59 hasil jaringan padang daripada Herzbruch.

Tamat kempen Piala Dunia 2018 buat Malaysian Tigers kini fokus pasukan negara adalah untuk memburu kelayakan ke Sukan Olimpik 2020.

Artikel Penuh:r
© Utusan Melayu (M) Bhd

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)