Skuad hoki negara di belasah England di Kejohanan Liga Hoki Dunia

Selepas memulakan langkah kiri tumpas dengan pasukan no 1 dunia, Argentina pada perlawanan pembukaan, perlawanan kedua juga menyaksikan deretan gol dibolosi pasukan hoki kebangsaan.
Dalam perlawanan menentang pasukan tuan rumah England, skuad hoki lelaki yang dikendalikan jurulatih Stephen Van Huizen sekali lagi tumpas kepada lawan mereka. Walaupun kekalahan kepada pasukan bukan sesuatu yang mengejutkan namun tumpas dengan keputusan 3-7 menunjukkan betapa terlalu jauh level antara pasukan lawan.

England memulakan aksi dengan menghasilkan dua gol awal pada minit kelima malalui Barry Middleton sebelum Chistopher Griffiths menghasilkan gol kedua pada minit kelapan.
Tersentak dengan dua gol awal itu, skuad Malaysia mula mengatur serangan dan hasilnya berjaya mendapatkan pukulan penalti strok selepas bola terkena jari pemain lawan selepas satu pukulan sudut penalti pada minit ke 19.
Faizal Saari tidak mensia-siakan peluang untuk menghasilkan gol pertama skuad Malaysia.

Selang sembilan minit kemudian, penyerang berpengalaman, Tengku Ahmad Tajuddin berjaya menampan bola hasil percubaan pukulan sudut penalti yang diselamatkan penjaga gol lawan.
Memasuki separuh masa pertama, pasukan Malaysia yang diharapkan untuk terus bangkit selepas menyamakan kedudukan meleset.

Skrip yang sama seperti perlawanan pertama menentang Argentina tempohari berulang. Pemain England, Sam Ward berjaya menjaringkan sejurus masuk separuh kedua melalui pukulan sudut penalti.
Middleton menambah luka Malaysia dua minit kemudian untuk menambah jaringan pasukan Malaysia.

Minit ke 39, Mark Gleghorne membalas untuk menjadikan kedudukan 5-2 buat pasukan Malaysia. Kedudukan pasukan negara semakin goyah apabila Ward menambah gol pada minit ke 51 manakala Gleghorne menambah gol terakhir pada minit ke 54.
Tatkala England mula mengendurkan asakan, pasukan Malaysia berjaya mendapat gol ketiga melalui Faizal Saari pada minit ke 57 menjadikan keputusan berpihak England dengan keputusan 3-7.

faizal saari
Dua gol disumbangkan Faizal Saari belum cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad hoki negara

Seperti perlawanan tempohari, masalah kecergasan perlu diambil kira oleh barisan kejurulatihan negara. Dari segi skill dan kepantasan kita mampu bersaing dengan pasukan ‘top class’ tapi dari segi kecergasan terlalu sukar untuk mencabar pasukan handalan dunia.
Perubahan drastik perlu dilakuka oleh jurulatih pasukan Malaysia. Perlu diingat pasukan China yang merupakan sasaran utama sudah meningkat sehingga mengejutkan pasukan Korea Selatan sebelum ini. Jadi pasukan negara perlu mengambil berat tentang keadaan ini.
Sekiranya masih berkeadaan begini pasti sukar untuk mencapai sasaran layak ke Piala Dunia.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply