post

Skuad Hoki Lelaki Malaysia kalah di separuh akhir Kejohanan Separuh Akhir LIga Hoki Dunia

Pasukan hoki negara yang melakar kejayaan layak secara merit ke Piala Dunia 2018 nampaknya tidak mampu untuk menumbangkan pasukan no 1 dunia, Argentina.
Dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan HERO Separuh AKhir Liga Hoki Dunia di Pusat Hoki dan Tennis Lee valley di London, skuad negara bermula garang dengan mendapatkan pukulan sudut penalti pada minit kelima namun gagal menjaringkan gol.

Gol skuad negara yang di kawal S.Kumar bocor pada minit ke 13 selepas Lucas Vila menjaringkan gol selepas penjaga gol veteran Malaysia itu menyelamatkan percubaan terus pakar sudut penalti, Gonzalo Peillat.
Empat minit selepas memasuki separuh masa kedua pasukan Argentina menjaringkan gol selepas kesilapan pemain pertahanan Malaysia yang meninggalkan Manuel Brunet hanya berhadapan dengan S.Kumar.

Pada minit ke 38, pasukan Malaysia mendapat pukulan penalti stroke dan Fitri Saari memanfaatkan peluang itu dengan baik.
Kumar sekali lagi menjadi penyelamat apabila menggagalkan percubaan pukulan sudut penalti dari Paillet namun pasukan negara masih tidak mampu menjaringkan gol penyamaan sehingga tamat perlawanan.
Kedudukan kekal Malaysia 1 Argentina 2 dan akan bermain untuk kedudukan 3/4 pada hari esok menentang England ( 9.00 malam waktu Malaysia) manakala Argentina akan menentang Belgium pada perlawanan akhir.

Pasukan negara perlu mendapatkan tempat ketiga bagi memastikan tempat dalam 8 pasukan Odisha Hoki Liga Hoki Duna Akhir di India pada Disember ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.