Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Hoki Gabung Senior dan Junior untuk pertahan emas sukan SEA

Skuad hoki negara yang bakal beraksi di Sukan SEA ke 27 bagi mempertahankan emas dijangka akan mengabungkan pemain dari skuad senior dan junior. Menurut Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad, skuad hoki negara akan dikendalikan oleh jurulatih Tai Beng Hai dan seramai 25 pelatih dilantik.

Menurutnya juga skuad Sukan SEA akan dibarisi oleh gandingan pemain muda untuk mendapat pendedahan dan pengalaman manakala pemain senior menjadi teras kekuatan pasukan. Sasaran emas bagi edisi kali ini bagi skuad lelaki dan wanita yang masing-masing telah meraih pada edisi 2007 di Korat, Thailand. Untuk edisi 2009 di Laos dan 2011 di Indonesia, sukan hoki tidak dipertandingkan.
– BERNAMA

| SASARAN 40 EMAS DI SUKAN SEA MYANMAR |

PIALA SULTAN AZLAN SHAH
Gambar Hiasan . Skuad Hoki Negara ketika edisi Piala Sultan Azlan Shah ketika lagenda, mendiang Chua Boon Huat masih ada lagi.

Sememangnya sasaran itu bukanlah sukar memandangkan tahap pasukan hoki negara memang berbeza dengan pesaing di rantau ASEAN ini. Malahan jika skuad junior lelaki dihantar, untuk mendapat emas bukanlah sesuatu yang sukar. Namun mungkin gabungan pemain senior dan junior mampu memberikan lebih keyakinan dan pengalaman agar tidak terlalu yakin. Bagi skuad hoki wanita pula juga perlu memastikan emas walaupun prestasi mereka tidak terlalu jauh dengan skuad hoki wanita rantau ASEAN ni..
Semoga harapan emas mampu dicapai oleh kedua-dua skuad hoki negara .

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Skuad Hoki Gabung Senior dan Junior untuk pertahan emas sukan SEA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)