Skuad hoki ais mempersiapkan diri untuk Sukan SEA Filipina

Walaupun mempunyai tempoh setahun lagi dan masih belum mendapat kata putus samada sukan hoki ais dipertandingkan di Sukan SEA 2019 Manila, namun skuad hoki ais telah mula membuat persiapan.
Tuan rumah Sukan SEA 2019, Filipina belum memberi kata putus dan pengumuman hanya dijangka dibuat pada November depan tetapi pengendali skuad kebangsaan, Kristoff Kovago yakin bahawa Filipina yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 akan menyenaraikan acara itu.

“Kami sudah mulakan persediaan menjelang Sukan SEA kerana masih belum ada pengumuman rasmi sama ada sukan hoki ais tersenarai. Kami amat berharap kerana Filipina telah menjuarai kejohanan, jadi kami berharap mereka akan menyenaraikan hoki ais,” katanya.

Kalendar antarabangsa skuad hoki ais negara sudah pun berakhir pada Mac lalu selepas muncul juara divisyen satu Kejohanan Hoki Ais Piala Cabaran.

Kini, rata-rata pemain sedang mempersiapkan diri menghadapi saingan Liga Hoki Ais Kebangsaan yang dijangka bermula pada Oktober depan.

“Secara asas, kami bermula dengan hampir 40 pemain dan perlahan-lahan jumlah itu akan dikurangkan. Kami bakal menganjurkan kejohanan di sini pada penghujung September bagi kanak-kanak dan dewasa.

“Jadi kejohanan tersebut akan digunakan sebagai salah satu kriteria pemilihan. Kami akan beraksi dalam dua perlawanan dan memanfaatkannya untuk pemilihan skuad,” katanya lagi

Sumber :-Stadium Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives