Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Harimau Malaya Menang Menentang Thailand kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

Kredit Gambar : https://twitter.com/FAM_Malaysia/status/1404889804601446409/photo/1

Pasukan Harimau Malaya berjaya mendapatkan tiga mata pada aksi terakhir peringkat Kumpulan G bagi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai itu menyaksikan pasukan negara berjaya mendapat satu gol menerusi sepakan penalti Safawi Rasid.
Dengan barisan pemain yang sedikit berbeza berbanding dua perlawanan sebelum ini, skuad negara memasukkan Syahmi Safari, Arif Aiman dan Akhyar Rashid sebagai kesebelasan utama.

Skuad Thailand bermula garang dengan beberapa percubaan namun skuad negara juga melakukan percubaan terutama melalui set piece sepakan sudut.
Aidil dan De Paula mendapat peluang namun tandukan mereka berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan Chatchai Budprom.
Pemain tengah, Azam Nor Azih juga mencuba melakukan percubaan jarak jauh namun tidak berjaya membolosi gawang Thailand.

Kemasukan Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid pada separuh masa kedua menyaksikan Safawi mendapat sepakan penalti.
Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Safawi sekaligus mendapat gol tunggal perlawanan..

Kemenangan ini menyaksikan skuad negara berada di tangga ketiga Kumpulan G sekaligus layak ke pentas kelayakan ketiga Piala Asia 2023.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)