Skuad Futsall masih kempunan julang Piala AFF

Nampaknya tahun 2018 masih belum menjanjikan kalungan emas buat skuad futsall Malaysia. Sekali lagi Thailand menjadi batu penghalang untuk skuad negara menjulang Piala AFF 2018. Jika pada tahun lepas skuad negara tumpas di masa tambahan kali ini skuad negara terpaksa akur dengan keputusan 2-4.
Kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Olahraga (GOR) Universiti Negeri Yogyakarta, Indonesia itu dengan misi untuk membalas dendam kekalahan pada tahun lalu.

Namun skuad negara tidak berjaya mengekang asakan Thailand apabila ketinggalan 1-2 sebelum rehat.
Babak kedua menyaksikan pasukan negara cuba untuk mendapatkan kemenangan namun skuad Thailad lebih ampuh apabila mendapatkan dua gol manakala Malaysia hanya menambah satu gol.
Keputusan 2-4 itu menyaksikan skuad negara sekali lagi terpaksa akur ditempat kedua dalam kejohanan futsal peringkat negara ASEAN ini.

Ini menyaksikan skuad negara masih kempunan untuk mendapatkan kejuaraan dimana pencapaian terbaik adalah muncul naib juara sebanyak empat kali termasuk perlawanan akhir pada tahun lepas.

Nampaknya, barisan futsal negara perlu mencari strategi terbaik untuk tahun depan. Mungkin banyak aspek perlu diperbaiki bagi memastikan impian merangkul kejuaraan kali pertama mampu direalisasikan.
Semoga berjaya.

layan video Perlawanan Akhir Futsall AFF 2018 Malaysia melawan Thailand

1 thought on “Skuad Futsall masih kempunan julang Piala AFF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives