post

Skuad Futsal tumpas di separuh akhir selepas mendahului 3-0

Nampaknya kemampuan pasukan Futsal Malaysia tersekat di separuh akhir apabila terpaksa akur dengan kehebatan pasukan tuan rumah, Thailand.  Perlawanan separuh akhir futsal Piala AFF 2016 menyaksikan pasukan negara bertemu jagoan Thailand dan skuad negara bermula baik apabila berjaya membolosi gawang lawan seawall minit pertama oleh Saiful Nizam. Khairul Effendy Bahrin dan Syed Aizad Daniel pula berjaya menambah 2 gol untuk menyaksikan pasukan negara menguasai separuh masa pertama dengan kedudukan 3-0.

Skrip sama berulang seperti ketika bertemu Myanmar apabila pasukan negara longlai dengan tekanan yang diberikan Thailand apabila pemain muda, Osman Musa menyumbat 2 gol sebelum Sorasak Phoonjungreed menyamakan kedudukan menjadi 3-3.

Pemain berpengalaman Thailand, Jirawat Sornwichian  menjadi pemusnah apabila menjaringkan gol keempat dan seterusnya menamatkan sisa perjuangan pasukan negara dengan gol kelima sekaligus menyaksikan impian skuad negara melangkah ke akhir futsal AFF 2016 berkecai.

Perlawnaan terakhir nanti akan menyaksikan pasukan negara menentang Timor Leste untuk penentuan tempat ke 3/4 pada 29 Januari. Perlu menang bagi menceriakan sedikit penyokong dan para pemain.

  1. Foto kredit : SMM Futsal
  2. Sumber :ArenaFutsal

 

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.