Skuad boling wanita negara menang pingat emas pada Kejohanan Boling Dunia

SKUAD boling wanita negara mengakhiri penantian 10 tahun apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, hari ini.

Malaysia yang diketuai pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane dan Natasha Roslan menewaskan Singapura di saingan final dengan keputusan 214-209, 188-177.

Ia adalah pingat ketiga keseluruhan buat Malaysia dalam kejohanan kali ini, selepas memenangi pingat perak dalam acara beregu wanita (Shalin dan Li Jane) serta All Event wanita (Siti Safiyah), pada minggu lalu.

Shalin dan Li Jane menang pingat perak acara beregu

Kali terakhir Malaysia memenangi emas berpasukan dalam kejohanan ini adalah pada tahun 2007 di Monterrey, Mexico dan sebelum itu pada 2003 di Kuala Lumpur.

Dalam kejohanan kali ini, Malaysia melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas berada di tempat kedua, apabila mengumpul 6,227 jatuhan pin, selepas beraksi dalam dua blok daripada enam permainan, dua hari lalu.

Dalam peringkat empat pasukan terakhir, Malaysia menerima cabaran sengit Colombia, tetapi pasukan kebangsaan berjaya menampilkan persembahan mengagumkan apabila merakam kemenangan 198-207, 248-168, 182-181 di Plaza Boling South Point.

Ketua jurulatih boling negara, Holloway Cheah yang meletakkan sasaran untuk memenangi pingat acara berpasukan berkata: “Kami kekal fokus dan kekal untuk mencapai sasaran kami. Ia adalah bagus kerana keyakinan pasukan sangat tinggi.”

Kali terakhir Malaysia menaiki podium dalam acara ini adalah pada 2013 di Henderson, Nevada apabila Shalin, Siti Safiyah, Jacqueline Sijore, Esther Cheah, Li Jane dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi meraih gangsa.

Susulan kemenangan itu, Holloway yakin satu lagi pingat dalam acara Masters akan dijelmakan apabila berlangsung esok.

“Sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik dalam acara berasukan dan pemain wanita ini sudah berjaya membuktikannya. Saya yakin kami juga mempunyai peluang yang baik dalam acara Masters,” katanya.

Sumber :- HMetro

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

One thought on “Skuad boling wanita negara menang pingat emas pada Kejohanan Boling Dunia

Leave a Reply