LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Bolasepak layak Piala Dunia ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
gol
png upload

Mungkin ramai yang tak percaya? Dan mungkin ada yang ingatkan si Zool ni tak tahu perkembangan dunia bolasepak tempatan. Ye lah, pasukan ‘Harimau Malaya’ kan dah terkandas selepas tumpas kepada Singapura baru-baru ni. Nak layak apa pula kan? Tapi ianya memang benar-benar berlaku. Tapi bukanlah Piala Dunia kat Brazil tu tapi pasukan bolasepak universiti Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Universiti 2012 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Kira bolehlah juga dibanggakan walaupun kejohanan ini mungkin tidak berprestij sehebat Piala Dunia tapi penyertaan pasukan kebangsaan universiti sedikit sebanyak membanggakan rakyat Malaysia. Yelah, selain dari mempunyai IPT yang bertaraf antarabangsa dari segi infrastruktur, fasiliti, akademik ia juga menunjukkan bahawa IPT Malaysia mempunyai taraf antarabangsa dalam bidang sukan.

Ianya tercapai setelah pasukan kebangsaan berjaya dalam Sukan Universiti Dunia di Adelaide.. Walaupun tumbang 3 perlawanan dan hanya menang 1 menentang Thailand. Walaupun tumpas tapi kekalahan adalah tipis di tangan kuasa besar dunia bolasepak seperti kalah kepada Brazil 1-2 , Russia 0-2 dan Ukraine 1-2. Hanya menang dengan Thailand menerusi penalti setelah terikat 1-1 di masa penuh.

Sumber :- Kosmo
Syabas kepada mereka.. Sekian.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)