Skuad Bola Sepak Negara Hampir Terlepas Mata menentang Hong Kong gara-gara pengadil

Nampaknya nama pengadil FIFA dari Australia, Chris Beath meniti bibir peminat bola sepak Malaysia pada malam ini. Apa tidaknya, keputusan pengadil yang mengejutkan pada malam ini hampir meragut satu mata barisan Harimau Malaya.
Dalam Perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) 2019 Kumpulan B yang berlangsung pada malam Selasa, pasukan bimbingan Nelo Vingada ini memulakan perlawanan dengan formasi 4-5-1 dimana Darren Lok bertindak sebagai penyerang tunggal.

Penjaga gol Perak, Hafizul menjadi pilihan Vingada bagi mengalas tugas berat selaku benteng terakhir pasukan negara. Pada separuh masa pertama, barisan pemain negara agak kurang persefahaman dan pasukan Hong Kong yang dibarisi hampir 90% pemain naturalisasi yang tidak bermata sepet mendapat beberapa peluang menjaringkan gol.
Hanya sepakan percuma Safiq Rahim yang terlencong sedikit merupakan peluang terbaik skuad negara pada separuh masa pertama. Walaupun memiliki kelebihan di barisan tengah melalui gandingan Shafiq dan Kiko namun tak banyak yang mampu diperkatakan. Kelibat Darren agak baik namun beliau keseorangan yang menyukarkan untuk beliau mencari peluang.

Pada separuh masa kedua skuad negara mula memberikan serangan baik. Satu cross baik dari pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon hampir dapat disambar oleh rakannya, Badrol Bakhtiar. Ketika skuad negara sedang mencuba, kelekaan barisan pertahanan menyebabkan pemain Hong Kong yang lahir di Brazil menjaringkan gol selepas diberi ruang yang besar oleh Shahrol Kalam.
Tersentak dengan jaringan itu barisan serangan negara mula mencari ruang. Percubaan kapten pasukan, Safiq Rahim terbias dan disudahkan dengan sempurna oleh Syazwan Zainon pada minit ke 57.

Selepas itu barisan negara cuba melancarkan serangan namun masih buntu mencari gol kemenangan. Tatkala cuba untuk mendapatkan jaringan, kesilapan ala kampung oleh pertahanan , Rizal Ghazali yang keluar sekejap dari padang mendapat rawatan dan terus masuk mendapat padah.
Beliau yang sebelumnya telah memiliki kad kuning terus mendapat tambahan kad kuning seterusnya kad merah tanda keluar. Memang amat menyedihkan tatkala masa perlawanan tinggal kurang dari 5 minit sahaja lagi. Ia memberikan ruang kepada pasukan Hong Kong yang semakin berkungfu untuk mencuri mata di gelanggang Stadium Hang Jebat di negeri bersejarah ini.
Masa tambahan dari 3 minit tidak tamat sebaliknya diteruskan dan tiba-tiba pemain gantian Malaysia, Akram dikatakan menjatuhkan pemain Hong Kong di dalam kotak penalti. Tersentak dengan itu, pasukan negara melakukan bantahan. Pemain pertahanan Malaysia , Aidil Zafuan memberikan tindakbalas kurang menyenangkan sekaligus kad berwarna kuning dan automatik merah diberikan.
Tatkala, keputusan seakan memihak kepada pasukan Hong Kong, tendangan penalti Sandro dapat ditolak oleh Hafizul. Susulan yang dilakukan oleh Sandro pula terus melencong keluar. Serentak itu, pengadil yang hensem dari Australia itu meniup wisel sambil mendengus.

Secara keseluruhannya, pendapat kami di Ligakampung.com , skuad negara sebenarnya hanya BERHAK untuk dapat seri sahaja. Banyak peluang yang sering tersangkut sebelum kotak penalti. Mungkin selepas ini Vingada patut menggunakan formasi 2 penyerang di hadapan kerana didapati terlalu longgar. Mungkin selepas ini ada beberapa pemain dari skuad Sukan SEA yang boleh dipanggil.
Pada pendapat kami kalau nak panggil, mungkin Adam Nor Azlin (pertahanan), Jafri Chew (barisan tengah menyerang) dan pastinya N Thanabalan (penyerang). Itupun kalau Vingada nak dengar la kan.

Kepada pengadil Chris Beath, elok rasanya tdak diberikan peluang mengadili perlawanan antarabangsa seperti ini. Secara peribadi, terlalu banyak keputusan yang lambat bukan hanya yang berpihak kepada Malaysia tetapi kepada pasukan lawan juga. Ada beberapa keputusan yang pemain telah bergerak 2-3 saat baru tiupan wisel berlaku. Untuk makluman, ada Petition yang tidak mahu Chris Beath dari jadi pengadil di Liga Australia tu di laman web ni.

Apapun pasukan negara jangan mudah mengalah dan perlu perbaiki terutama dalam aspek persefahaman.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Skuad Bola Sepak Negara Hampir Terlepas Mata menentang Hong Kong gara-gara pengadil

Leave a Reply