LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Bola Sepak Malaysia seri denga Singapura : Permulaan baik atau sebaliknya?

Semua sedia maklum, skuad bola sepak Malaysia baharu selesai dalam perlawanan persahabatan menentang skuad jiran pada hari Jumaat lalu. Kesudahan perlawanan antara pasukan bimbingan Ong Kim Swee di Stadium Jalan Besar itu menyaksikan skuad Ong Kim Swee terikat tanpa jaringan di tempat lawan.
Berdasarkan keputusan, nampak seakan positif kerana bermain di gelanggang keramat lawan tanpa kekalahan boleh dianggap satu kejayaan namun berdasarkan persembahan tempohari ianya bukanlah satu persembahan yang boleh dibanggakan.

Dalam perlawanan tempohari, nampak terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh skuad Harimau Malaysia. Secara jujurnya, pasukan negara bernasib baik kerana pasukan Singapura gagal akibat nasib yang tidak menyebelahi mereka. Apa taknya, ada sekurang-kurangnya 2 percubaan terbaik mereka di gagalkan oleh tiang gol.
Ada juga berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Khairul Azhan yang bermain baik pada malam itu. Barisan serangan negara juga amat tumpul dan hanya 1-2 peluang sahaja untuk mencuba menguji barisan pertahanan pasukan Singapura.

Walaubagaimanapun, keputusan itu bukanlah GAGAL sebaliknya ia menampakkan kelemahan seawal sebelum pasukan negara menyertai kejohanan Piala AFF 2016 pada November nanti. Pada waktu singkat ini, post-mortem perlu dilakukan oleh barisan kejurulatihan pasukan negara. Pemain-pemain yang tidak layak bolehlah diSINGKIRKAN manakala pemain-pemain berpotensi masih boleh dicuba.
Cari pemain yang benar-benar bermain untuk negara. Pemain perlulah bersikap matang. Amri Yahyah selaku ketua pasukan perlu memperbaiki sikap beliau di padang. Beliau perlu menjadi contoh kepada barisan adik-adik yang berada dalam skuad. Terdapat beberapa situasi menunjukkan ketidakmatangan beliau yang membolehkan beliau menerima kad dan mungkin boleh berhadapan dengan situasi di buang padang.

Barisan tengah skuad negara juga terlalu longgar selepas persaraan pemain seperti Safiq Rahim dan Amirulhadi. Secara peribadi, Ligakampung.com menyukai permainan Shakir Saari namun mungkin prestasi beliau sudah menurun disebabkan sudah lama tidak beraksi dengan kelab yang disertai. Selain itu, nampak kelemahan ‘first touch’ oleh para pemain dimana banyak penguasaan bola terlepas ke pihak lawan akibat kegagalan menahan bola dengan sempurna.
Mungkin strategi yang lebih baik perlu difikirkan oleh Ong Kim Swee bagi berhadapan dengan perlawanan dengan Afghanistan selepas ini. Ini kerana pemain selepas ini pasti akan menjadi kesebelasan utama di Piala AFF nanti.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Skuad Bola Sepak Malaysia seri denga Singapura : Permulaan baik atau sebaliknya?

  1. Hii, admin ligakampung.com
    Saya orang Indonesia, pada pertandingan terakhir Malaysia VS Indonesia, tim Malaysia kalah 3- 0. Saya tidak melihat Safee Shali dalam pasukan bimbingan Ong Kim. Apakah Safee Shali sudah berhenti bermain untuk Malaysia ?
    Senang melihat dia bermain di Liga Indonesia dahulu. Kami merindukan dia bermain walaupun saya orang Indonesia. Salam sepak bola.

    1. safee sali sudah off form. di kelab jarang bermain..
      sudah lama dia tidak menjaringkan gol..
      Indonesia nampaknya bangkit dengan hebat

  2. Masih ada masa untuk mencari pemain pelapis sehebat Syafiq Rahim.. kalau buat selection betul-betul mesti boleh jumpa..

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)