LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Bawah 15 Tahun Juara Piala AFF 2019

Skuad bola sepak bawah 15 tahun berjaya merealisasikan impian untuk bergelar juara kejohanan Piala AFF 2019 bawah 15 Tahun.
Kejayaan manis ini lebih bermakna selepas menumbangkan Thailand di gelanggang lawan dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir.
Pada perlawanan akhir yang telah selesai sebentar tadi pasukan negara ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain Thailand Theekawin Chansri pada minit 16.
Enggan mengaku kalah, barisan pemain muda negara berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Muhammad Izrin Ibrahim pada minit ke 69.
Jaringan tersebut membakar semangat pemain dan penyerang, Muhammad Nabil Qayyum berjaya menghasilkan jaringan kemenangan pada minit ke 79.

Satu kejayaan bermakna bagi skuad negara dan diharap selepas ini pemain akan beraksi di peringkat yang lebih tinggi lagi. Tahniah kepada P Maniam dan barisan kejurulatihan yang berjaya membawa pemain mengaut kejuaraan pada tahun ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)