LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad Bawah 15 Malaysia Juara Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Haikou

Barisan pemain muda negara berjaya menceriakan peminat bola sepak tempatan apabila berjaya muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Haikou di China pada minggu lepas.

Skuad dari pemain Bawah 15 tahun dibawah jurulatih berpengalaman, P Maniam berjaya menundukkan pasukan Korea Utara dengan keputusan 2-1 pada perlawana terakhir yang berlangsung di Stadium Wuyuanhe, Haikou pada Isni.

Skuad negara berjaya mendapatkan dua gol menerusi Aliff Izwan Yuslan pada minit ke 20 dan Nabil Qayyum Zainuddin pada minit ke 57.

Korea Utara meraih gol saguhati menerusi sepakan penalti Yom Chol Gyong pada minit akhir perlawanan.

Kejohanan jemputan ini melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Korea Utara, Iran dan tuan rumah, China.

Terdahulu, Malaysia berjaya menewaskan Iran 2-0 pada perlawanan pertama, Khamis lalu dan seri 1-1 dengan tuan rumah, China pada perlawanan kedua Sabtu lepas.

Dua pemain skuad kebangsaan turut meraih anugerah individu iaitu ketua pasukan, Nabil Qayyum Zainuddin sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dan Zulhilmi Sharani sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.

Sumber :-Sinar Harian

Kredit Gambar :- Facebook NFDP

Diharap para pemain ini akan meneruskan kecemerlangan di peringkat senior bagi menggalas tanggungjawab pada masa hadapan. Kita tunggu perkembangan beberapa pemain termasuk Nabil Qayyum dan Zulhilmi Sharani dalam tempoh 5 tahun akan datang..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)