Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Skuad All England bebas COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kesemua 21 pemain negara termasuk empat pemain profesional dan tujuh jurulatih yang pulang ke tanah air selepas bersaing di Kejohanan Badminton All England di Birmingham baru-baru ini dilaporkan negatif COVID-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua pemain negara akan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan akan menjalani program latihan individu sebelum memulakan latihan bersama sebaik sahaja perintah tersebut ditarik balik.

“BAM akan terus berhubung rapat dengan badan berkaitan bagi memastikan langkah bertepatan dapat diambill,” menurut kenyataan tersebut.

Sebaik tiba dari Birmingham, kesemua pemain negara kecuali empat pemain profesional difahamkan kini menjalani kuarantin secara sukarela di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)