Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Skim Saham Kambing

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Credit pic and bandwith to :- Stewartfarmboergoats.com
Lama betul tak cerita pasal kambing ni.. Tiba-tiba terbaca artikel kat suratkhabar.. Tu yang berminat nak tulis tu..
Skim saham kambing?? Saya terbaca berita yang menarik di Utusan mengenai satu skim Saham Kambing atau Qiradh An- Am yang dilaksanakan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ). Memang menarik sekali dengan menggunakan kambing sebagai modalnya..

Pengerusinya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, skim tersebut merupakan rentetan daripada projek perintis kambing boer yang dijalankan di Kahang, Kluang.
Beliau berkata, pengenalan skim berkenaan juga sejajar dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia terutamanya dalam sektor makanan dan pemprosesan agro.
“Dengan skim berkenaan, ahli koperasi dipelawa untuk menyuntik modal bagi projek penternakan kambing boer sekali gus menikmati pendapatan yang telah dijana.
“Namun harus diingat, semua ahli yang berminat perlu menjadi ahli yang aktif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan KPMNJ ke-14, di sini hari ini.

Pelaburan yang dilaksanakan oleh KPMNJ memang bagus sekali.. Ye la selain dapat meningkatkan modal ianya sekaligus memberikan pulangan kepada ahli koperasi. Selain dari pulangan duit mungkin boleh dapatkan kambing kalau ada majlis-majlis tertentu. Malahan tinjanya boleh dibuat baja.. . Menarik betul.. Apakata lepas ni para blogger buat satu Koperasi?? Boleh ikut jejak langkah diorang ni..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 48
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

7 comments to Skim Saham Kambing

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>