Situasi kenduri kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Hari ni si ZOol pergi ke rumah kenduri kahwin sedara. Bukan semata-mata untuk pergi makan sahaja tetapi membantu sedikit sebanyak. Tak banyak bantuan tapi sekurang-kurangnya ada. Dalam bulan ni banyak sungguh aktiviti perkahwinan di merata-rata tempat. Kebiasannya kalau menghadiri majlis perkahwinan banyak perkara yang dialami oleh si Zool sendiri. Mungkin ada sesetengah darinya hanpir sama dengan keadaan anda.

Antaranya ialah :-

1. Makcik-makcik basuh pinggan siap bergossip-gossip dengan gembiranya.. Macam-macam berita boleh diketahui.. Tapi sebab si Zool tak join tak tau le berita terkini sana.

2. Berjumpa sedara mara yang tak pernah dikenali sebelum ini. Ye lah bila ada rumah kahwin barulah sedara mara datang.. Sedikit sebanyak merapatkan silaturrahim kan. Ye la bukan semua sedara mara ada facebook. Kalau ada, mudah sikit berhubungkan (ha haahha.. dalam senarai list zool ligakampung hanya ada adik beradik je.. Tak de pun sedara mara.Ke ada tak perasan ek??.).Lepas tu baru perasan yang ramai gak sedara mara yang cun-cun.. Huhuhuhuhu..

3. Makan bersepah di penanggah (tempat masak nasi dan lauk).. Biasalahkan kalau majlis kahwin sedara tak eloklah lepak kat khemah, jadi elok gunakan inisiatif sendiri kalau nak makan. Pandai-pandai sendiri ambil makanan tanpa dilayan kan.. Duduk beralaskan suratkhabar sambil melayan kari tulang..Cam berpiknik je rasa..

4. Bila pengantin bersanding, ramai sibuk mengambil gambar .. Kesian pengantin tu berpeluh-peluh tapi kena cover senyuman.. Dari DSLR ke h/phone kamera masing-masing sibuk nak bergambar.. Cam artis je kan.. APa kata kalau masa si Zool nanti ( :) ), tengah diorang ambil gambar kami bersanding, si Zool plak ambil gambar dia.. Mesti gempak ayam kan.. HUhuhuhuhuhu.. ( Berani ke Zool oit??).. Lepas tu ada upacara menepung tawar plak tu.. Tapi tepung nya tak nampak plak.. Apakata tukar plak? Kalau biasa pengantin kena siram ngan air mawar untuk si Zool simbahkan ngan air sirap plak?? Ha hahah.. Melawak la.. Jangan dibuat orang oit..

5. Parking kereta tak cukup. Biasalah kalau buat majlis kat kampung manakan tempat letak kereta nak buat.. Takkan semata-mata untuk sehari kena buat tempat letak kereta bertingkat. Memang kadangkala menjadi masalah tetapi pandai-pandailah kan. Cuma janganlah block kereta orang lain plak.. Susah nanti nak keluar. Rumah si Zool pun sempit gak.. Mana nak cari parking kereta nanti.. Ah lambat lagi nak fikir kan.. Nanti-nantilah..

6. Komplen sana sini. Bila namanya manusia memang ada je yang tak kena. Nasi kurang garamlah, design pelamin sengetlah, pengantin tak sesuai lipstik warna pink dan memacam lagi.. Kecoh je memasing.. Ngalahkan pengantin dan mak bapak pengantin je…

7. Soalan yang biasa diajukan oleh sedara mara kepada si bujang terlajak (seperti si ZOol). Bila ? Dah ada calon? Tak boleh salahkan mereka mengajukan soalan tipikal ni.. Ye la, takkan Pak Long tetiba nak tanya ‘ Berapa Unik Visitor Blog Ligakampung dalam sehari?’ atau ‘ Berapa ramai rakan dalam senarai Facebook’ pulakkan. Dah mengarut plak.. Walaupun tak pasti samada mereka mempunyai akaun facebook atau blog tapi mustahillah dia nak bagi soalan yang tu.. Senang je nak jawap. Tapi apa boleh buat, kalau pergi rumah orang kawin memang soalan bila tu pasti ditanya jadi perlulah menjawab. Anda tekalah sendiri.. Siapa betul akan mendapat hadiah istimewa dari si Zool. Jadi jawapan si Zool adalah ‘ Bulan Sepuluh ‘ . Tapi tahunnya tak tau lagi le.. Mungkin 2010, 2011, 2020 atau tak sampai tahunnya :={.

Okay cukuplah untuk entri kali ini.. Kepada yang telah pun selamat, tahniah dan semoga berbahagia selalu.. AMIN..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1734
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Situasi kenduri kahwin”

  1. kenwooiNo Gravatar says:

    marriage ceremony is kinda fun to attend..
    cant wait for my friends to get married, so i can attend and kacau them! haha.. =P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup..
    you can kacau them.. when your time arrive they will kacau you la…

    Reply

  2. JMRNo Gravatar says:

    skang musim kenduri kawen..mean mkn free pn byk gk la kan..alhmdulillah..dah free, xdenyer aku nak komplen2..hehehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. free gak ke??
    tak hulur2 kat tuan umah>>??

    Reply

  3. BellaNo Gravatar says:

    Zool apa kata bila dah sampai masa nanti buat di dewan ke? Gerenti peminat2 blog zool dtg, puas la sikit tempat kan? Ehehe.. Cadangan je.. Saya jarang sikit pergi kenduri kawin. Melainkan yg rapat. Lain2 ibu ayah yang gi.. Sbb malas nak kena jawab soalan “bila nak kawin”.. :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    hohohohohohoho..
    ada peminat ke>?? ada org nak datang ke?? Lain le kalau kawin ngan artis atau top blogger…
    saya blogger cikai je

    Reply

  4. hoho..biasalah tu..

    Reply

Leave a Reply